Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Bah Meruncing, 2,364 Mangsa...

KOTA BHARU - Situasi gelombang pertama banjir di Kelantan tambah meruncing apabila seramai...

Malaysia Bawa Masuk Lebih...

KUALA LUMPUR - Selain Indonesia, Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan India, Bangladesh dan...

Subhanallah.. Banjir Tak Halang...

Bagi yang mahu berfikir, bencana diturunkan Allah SWT seperti banjir, seharusnya menjentik hati...

Lebih Banyak Perpecahan Akan...

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata...

Penumpang Dua Bas Cemas Dalam Kemalangan

PEKAN – Seramai 41 orang penumpang dua buah bas berhadapan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di kilometer 52 Jalan Kuantan-Segamat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 2.15 petang itu cuma dua orang yang cedera.

Menurutnya, bas yang terlibat ialah sebuah bas persiaran yang membawa 19 orang penumpang manakala sebuah lagi sebuah bas ekspress yang mempunyai 22 orang penumpang.

“Mangsa yang cedera ialah pemandu Hilux iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun dan pemandu kereta Proton Saga seorang wanita berusia 29 tahun dan mereka masing-masing dirawat di Klinik Kesihatan Gambang dan Hospital Pekan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Amran berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila bas pesiaran dari Kuantan menghala ke Segamat itu berhenti secara tiba-tiba disebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di hadapannya.


Keadaan itu menyebabkan pemandu Hilux berkenaan tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu melanggar belakang bas pesiaran tersebut sebelum bas ekspres itu pula melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda terbabit.

“Bas ekpress terbabit kemudian telah terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Saga terbabit,” katanya. – BERNAMA

Kategori