Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tetap Adil Pada...

ALOR SETAR - Kerajaan memberi jaminan semua bangsa dan agama di Malaysia tetap...

Cubaan Merogol Meja Piknik...

Di kala dunia digemparkan dengan berita seorang lelaki AS yang melakukan hubungan seks...

PPBM Bakal Berkubur, RoS...

SEBAGAIMANA dijangkakan pelbagai pihak, jangka hayat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal berakhir...

Kerajaan Thai Ikrar Keamanan...

BANGKOK - Kerajaan tentera Thailand hari ini berikrar untuk membawa keamanan di wilayah...

Penyanyi Satira Ayoyo Samy, Hang Mokhtar Meninggal

INNA LILLAH… Ingat lagi bagaimana lagu Ayoyo Samy begitu popular pada tahun 1980-an. Ia lagu jenaka berkaitan tol. Waktu itu Datuk Seri (sekarang Tun) Samy Vellu ialah Menteri Kerja Raya.

Bagaimanapun media melaporkan bahawa pada pukul 2.50 pagi Isnin, penyanyinya yang sinonim digelar sebagai Hang Mokhtar atau nama sebenarnya Mohtar Ab. Latiff meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor.

Selain lagu ‘Ayoyo Samy’ kebanyakan lagu nyanyian Allahyarham adalah berunsur jenaka satira politik. Antaranya Siapa Tak Sayang Bini, Lobang Korek, Bila Den Pencen Askar, Joget Mak Datin, Aku Lelaki dan Kocik Kocik.

Hang Mokthar yang berasal dari Alor Gajah, Melaka berkahwin dengan Maimun Mat Zin, 67, serta dikurniakan tiga orang anak; juga pernah berduet bersama-sama Datin Orkid Abdullah, Zaiton Sameon dan Aspalela Abdullah.

Tidak ramai mengetahui bahawa selama bergiat dalam dunia hiburan sebagai pemuzik, penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi hampir setengah abad ini, Hang Mokhtar, 68, sebenarnya sudah mencipta lebih 90 buah lagu.


Setelah berjaya mencipta nama pada pertengahan tahun 1980-an, Hang Mokhtar bagaimanapun kurang mendapat liputan publisiti daripada pihak media massa dan seakan-akan terus tenggelam dalam industri hiburan tanah air.

Kali terakhir beliau muncul ialah menerusi album The Best of Hang Mokhtar pada 2006. Allahyarham yang juga anak sulung daripada tujuh adik-beradik sebelum ini pernah dilaporkan menghidap penyakit Parklinson.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 5, Bukit Mahkota, Bandar Putra Mahkota dekat Bangi Lama, Selangor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori