Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Keberanian Luar Biasa’ PM...

KUALA LUMPUR - Langkah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi rakyat Malaysia...

Aduhai Bank Islam: Jagalah...

IMEJ Bank Islam sejak ditubuhkan tidaklah begitu mempesonakan. Walaupun wujud atas semangat Islam, tetapi...

FGV Beli Asian Plant...

KUALA LUMPUR - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bercadang untuk mengambilalih Asian...

Ancaman Kumpulan Abu Sayyaf...

KUALA LUMPUR – Ancaman Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai berpangkalan di Jolo, Sulu...

Perkeso Beri Bantuan Interim 3 Individu Hilang Kerja

TAWAU – Tiga individu tempatan yang diberhentikan kerja oleh majikan masing-masing di sini, menerima bantuan RM600 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selama tiga bulan.

Ketua Pejabat Perkeso Tawau, Mariam Hassan berkata perkara itu merupakan manfaat daripada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dikuatkuasakan Perkeso sejak awal tahun ini.

Katanya, SIP dilaksanakan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

“Diharap pekerja dan majikan memahami manfaat SIP kepada kedua-dua pihak. “Kadar caruman SIP sebulan bagi pekerja yang bergaji 1,000 ke bawah hanya RM1.90 bagi majikan dan RM1.90 juga kepada pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis jelajah taklimat Perkesoa di sini, hari ini.

Katanya SIP merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2018.

“Kelayakan untuk mendapatkan bantuan interim itu adalah bergantung kepada syarat kelayakan dan penyertaan secara aktif dalam aktiviti pencarian kerja untuk kembali bekerja,” kata Mariam lagi.


Sementara itu, penerima manfaat SIP, Faridah Jais, 36, bersyukur mendapat bantuan interim daripada Perkeso selepas permohonannya diluluskan.

“Selepas saya diberhentikan kerja, saya mengetahui berkenaan faedah yang boleh diperoleh dari Perkeso, saya terus ke Pejabat Perkeso dan bertanyakan faedah tersebut dan syukur urusan dipermudahkan apabila diberikan borang, serta permohonan pun diluluskan,” katanya yang diberhentikan kerja oleh syarikat lama kerana mahu mengurangkan tenaga kerja.

Dalam pada itu, Abdul Sah Mbil, 43, turut bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso kerana dapat mengurangkan beban perbelanjaan sementara mencari pekerjaan baharu. – BERNAMA

Kategori