Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong Solat Jumaat Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat menunaikan solat...

Tukar Serta-Merta PDRM Lindungi...

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bertegas dan...

PM Dijangka Rombak Kabinet,...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merombak Kabinet dalam...

315 Kakitangan JPJ Pahang...

KUANTAN - Seramai 315 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang akan...

Peruntukan Sabah Meningkat Sejak Najib Jadi PM

KOTA KINABALU – Peruntukan untuk membangunkan Sabah telah meningkat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mempunyai seorang pemimpin dan perdana menteri yang amat prihatin kepada semua lapisan rakyat dan memberikan peruntukan yang besar untuk Sabah pada setiap tahun.

“Sebagai bukti pada Rancangan Malaysia Ke-8 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hanya memperuntukkan sebanyak RM1.42 bilion kepada Sabah.

“Namun semasa Rancangan Malaysia Ke-10 di bawah pimpinan Najib, KKLW telah menyalurkan sebanyak RM7.68 bilion kepada Sabah dan setakat ini pada pusingan ketiga Rancangan Malaysia Ke-11 KKLW telah menyalurkan RM2.48 bilion kepada Sabah dan peruntukan ini tidak termasuk peruntukan besar dalam kementerian-kementerian lain,” katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2018 di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini hari ini yang dirasmikan Najib.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Datuk Nor Rizan Mohd Tani, dan menteri-menteri kabinet negeri.

Musa berkata, kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan besar kepada Sabah kerana perdana menteri sedar Sabah adalah negeri yang besar dan memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunkan negeri.

Mengenai penjawat awam di Sabah, Musa berkata semua penjawat awam negeri dan Persekutuan di semua peringkat sentiasa memberikan kerjasama, komitmen dengan penuh tanggungjawab, sentiasa memberikan sokongan yang jitu dan padu kepada kerajaan yang memerintah.

“Bagaimanapun, kita akui mungkin sedikit kelemahan tertentu dari segi integriti, tetapi pada keseluruhannya, penjawat awam di negeri ini begitu komited, dedikasi, berintegriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan dasar transformasi dan agenda pembangunan.

“Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa kerjasama yang mantap, komitmen dan dedikasi penjawat awam di negeri ini, bukan sahaja dapat dilihat di peringkat pegawai atasan, bahkan juga di peringkat Daerah dan Daerah Kecil di seluruh negeri,” katanya.


Musa berkata berkat kerjasama sebagai satu pasukan antara anggota pentadbiran dengan penjawat awam di semua peringkat, banyak kejayaan dan pencapaian cemerlang dalam memajukan negeri.

“Antaranya kita mendapat penarafan Triple A ‘AAA’ selama tujuh tahun berturut-turut, pengurusan kewangan yang mantap dengan Anugerah ‘Sijil Tanpa Teguran’ selama 15 tahun dengan kecekapan dalam sistem pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti,” katanya.

Sementara itu, Sukarti berkata perkhidmatan awam di negeri ini pada landasan tepat dalam memastikan setiap program kerajaan memberi impak besar kepada golongan sasar.

Katanya, hubungan baik antara penjawat awam negeri dan Persekutuan memudahkan pelaksanaan perancangan dan dasar kerajaan di Sabah.

Beliau turut berterima kasih kepada Najib yang sentiasa prihatin terhadap kemajuan dan kebajikan penjawat awam.

“Sejak Datuk Seri Najib menerajui kerajaan, banyak insentif telah diberi kepada penjawat awam. Apa juga kemudahan diumumkan di peringkat Persekutuan turut dipanjangkan kepada penjawat awam negeri,’ katanya.

Sukarti juga berharap gandingan pucuk pimpinan kerajaan pusat dan negeri sentiasa mantap bagi memenuhi hasrat rakyat yang memerlukan pemimpin yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan. – BERNAMA

Kategori