Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kurang Tawaran Kerana Hijab,...

SETIAP manusia pasti berdepan dengan ujian dan cabaran dalam hidup dan bagi pelakon...

Reen Rahim Sedang Dilamun...

PELAKON Reen Rahim atau nama penuhnya Noreen Ashikin binti Abdul Rahim, 28, mengakui...

Fizo Omar Berang Servis...

BELUM sampai sebulan pelakon, Fizo Omar dan isteri, Mawar Abdul Karim, membuka sebuah...

Sekolah Jepun Wajib Uniform...

TOKYO - Pihak sekolah di Jepun merancang untuk menggunakan jenama Armani sebagai pakaian...

Peserta Maraton Tak Sangka Dilanggar Ketika Baki 200m

KUANTAN – Memang tidak akan terduga oleh mana-mana pelari maraton untuk dilanggar kereta ketika jarak larian hanya berbaki 200 meter, namun itulah yang berlaku pada Haszalinda Othman.

Peserta Run Out Pahang 2018 tersebut adalah antara empat pelari yang dilanggar sebuah kereta urus setia yang dipandu oleh seorang petugas dalam kejadian berhampiran Masjid Al-Imam Ash-Shafie, KotaSAS, di sini pada 8.25 pagi semalam

“Kejadian berlaku hanya 200 meter sahaja lagi daripada garisan penamat, tetapi tiba-tiba sahaja saya rasa dilanggar sesuatu dengan kuat sebelum melambung ke tengah jalan. Saya ketika itu tidak tahu apa yang berlaku.

“Apabila saya bangun dan toleh belakang, semasa itulah saya nampak yang ada tiga lagi peserta lain turut dilanggar termasuk dua yang terbaring di tengah jalan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya dia menyangkakan dua peserta terbabit telah meninggal dunia kerana terbaring di atas jalan tanpa bergerak-gerak sementara seorang lagi peserta terduduk di tepi jalan dalam keadaan kepala berlumuran darah.

Haszalinda, 41, yang bekerja di sebuah bank di Rawang, Selangor berkata akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan pada bahagian sebelah kanan badan selain bengkak di kepala.

Katanya dia juga tidak menyangka penyertaan kali pertama suaminya Mohd Zain Mohd Amin, 50 dalam larian di luar Lembah Klang berakhir sedemikian

Namun katanya kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyertai maraton dan akan menjalani pemeriksaan lanjut apabila tiba di rumahnya di ibu negara sebelum menyertai ‘Hulu Langat Trail Run 2018’ hujung minggu ini.

Tiga lagi mangsa yang cedera dalam kejadian itu ialah Ahmad Fakhri Sulaiman, 31; Chua Yennie, 21; dan Nurulhuda Ahmad Razali, 32.

Sementara Nurulhuda, 32, yang merupakan kakitangan Universiti Tenaga Nasional Muadzam Shah dekat sini, berkata dia terdengar bunyi dentuman kuat dari belakang dan semuanya berlaku sekelip mata.


“Saya tidak pasti sama ada saya orang kedua atau ketiga yang dilanggar kerana tiba-tiba saya tercampak dan kemudiannya diangkat oleh orang ramai ke tepi jalan… semasa itu, saya rasa bahagian kaki tidak boleh digerakkan,” katanya.

Nurulhuda yang menyertai kategori 10 kilometer berkata dia mengalami kecederaan pada kaki dan mungkin perlu menjalani pembedahan.

“Saya memang selalu menyertai pertandingan marathon di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan semuanya berjalan lancar, jadi kemalangan yang berlaku semalam menyebabkan saya agak trauma,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali hari ini mengesahkan empat peserta Run Out Pahang cedera akibat dilanggar kereta milik urus setia larian pada 8.25 pagi semalam.

Kejadian dipercayai berpunca daripada pemandunya, seorang wanita berusia 28 tahun yang gagal mengawal kenderaan ketika cuba memberi arahan kepada peserta.

Sementara itu, penganjur Dusty Monkey menerusi laman Facebook rasminya menafikan kejadian disebabkan kecuaian pihak dalaman.

“Keselamatan pelari adalah keutamaan kami dan kami sentiasa berusaha menambah baik aspek ini,” katanya yang turut menggesa saksi kejadian tampil membantu mereka menyiasat kejadian. – BERNAMA

Kategori