Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kilang Haram: Exco Kerajaan...

GEORGE TOWN - Anggota exco kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

12 Pelajar Di Sebuah...

BERITA kehamilan serentak 12 pelajar di sebuah sekolah menengah disifatkan sebagai satu kes...

Faizal Tahir ‘Low-Profile’, Fokus...

SIAPA yang tidak kenal dengan Faizal Tahir, seorang penyanyi yang mempunyai aura tersendiri...

Juri The Voice, Gwen...

NAMA dua tenaga pengajar dan juri program nyanyian The Voice, Gwen Stefani dan...

Piala Dunia Rusia 2018 Langsung Tiada Pengadil UK

PECAH REKOD…. Buat julung kali dalam sejarah, langsung tiada pengadil British bertugas mengadili perlawanan Piala Dunia 2018 di Russia, iaitu kali pertama dalam masa 80 tahun.

Malahan dalam senarai 36 pengadil dan 63 pembantu pengadil yang dikeluarkan FIFA semalam mengesahkan baawa daripada 46 negara, tiada satu pun pegawai perlawanan dari England, Wales, Scotland atau Ireland Utara.

Amerika Syarikat sebaliknya mempunyai wakil paling ramai dengan dua pengadil dan dua pembantu pengadil.

Pengadil England, Mark Clattenburg yang mengadili final Kejohanan Eropah 2016 di antara Perancis dan Portugal termasuk dalam senarai awal FIFA tetapi dia meninggalkan Liga Perdana musim lalu untuk bertugas di Arab Saudi.

“Cukup kecewa kerana kami sudah lama berada di bola sepak dunia dan menjadi kebanggaan bertugas di peringkat global,” kata Mike Riley, ketua Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) kepada stesen Sky Sport.

“Selepas Mark pergi ke Arab Saudi, kami langsung tidak mempunyai cukup masa untuk membimbing barisan pelapis pengadil lain, jadi tiada peluang kami menggantikannya dengan generasi baharu.”


Howard Webb yang pernah mengadili pusingan final Piala Dunia 2010 lalu di Afrika Selatan, menjadi satu-satunya pengadil Inggeris ketika itu dan juga semasa temasya sama di Brazil pada 2014 lepas.

Untuk rekod, tiga lagi final kejohanan bola sepak paling berprestij anjuran FIFA tersebut pernah diadili oleh pengadil Inggeris iaitu pada edisi 1950 oleh George Reader, William Ling, 1954 dan Jack Taylor, 1974.

Britain pula tidak akan menghantar menteri atau kerabat diraja ke Piala Dunia berikutan bantahan terhadap Rusia yang didakwa terbabit dalam serangan agen saraf ke atas bekas dua pengintip Russia di bandar Salisbury, bulan ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori