Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penduduk Gempar, Anak Lembu...

GEMPAR... Warga Gorontalo telah dikecohkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang seakan-akan mirip...

Rekod Baik Pesawat FA-50...

Kuala Lumpur: Pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan dibuat berdasarkan...

400 Hilang Tempat Tinggal,...

SANDAKAN: Kira-kira 400 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 90 rumah musnah dalam kebakaran...

Kastam Rampas Barangan Seludup...

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas pelbagai jenis barangan bernilai...

Perlu Kerjasama Banteras Guna Bahan Terlarang

KUALA LUMPUR – Semua pihak berkepentingan dalam industri sukan negara digesa berganding bahu bagi membasmi penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet negara.

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menegaskan usaha untuk membasmi penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet kebangsaan tidak akan tercapai sekiranya agensi itu sahaja yang melaksanakan tanggungjawab tersebut.

“Kita harus mengambil azam baharu bukan secara individu tetapi melibatkan pegawai, jurulatih dan pasukan sokongan sains sukan supaya bersama-sama membantu antara satu sama lain untuk menangani masalah ini.

“Yang penting adalah atlet itu sendiri supaya tidak bersikap sambil lewa dan berwaspada dengan suplemen yang diambil sebelum menyertai mana-mana kejohanan,” katanya.

Dr Ramlan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup seminar Anti-Doping 2018 di sini, hari ini.


Seminar sehari berkenaan yang dianjurkan secara bersama oleh Adamas, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara dihadiri 323 atlet dan 53 jurulatih kebangsaan.

Dalam pada itu, Ramlan mendedahkan Adamas berdepan dua cabaran utama ketika ini iaitu mengesan atlet yang cuba menipu ujian doping selain mencegah atlet mengambil bahan terlarang secara tidak sengaja.

“Kalau didapati ada bahan terlarang dalam badan atlet, maka mereka perlu dihukum dan sudah tentu kita mahu membantu atlet mengelakkan daripada perkara ini berlaku,” kata Dr Ramlan yang mempunyai pengalaman selama lebih 26 tahun dalam bidang sains sukan. – BERNAMA

Kategori