Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Apa-Apa Boleh Halang...

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat...

Kanak-Kanak Jatuh Sungai Dikuatiri...

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Taman Rainbow,...

APMM Tahan Nelayan Vietnam...

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan Vietnam ditahan dalam Ops Perkasa Timur selepas cuba...

Kes Culik Kajang: 3...

KAJANG - Tiga lelaki termasuk dalang utama berusia 44 tahun didakwa di Mahkamah...

PM Lancar Program Jimat Belanja Dapur

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program Jimat Belanja Dapur (JBD) peringkat kebangsaan yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Najib berkata program JBD yang sama dengan Program Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat di negara ini dengan menjual harga barangan lebih murah berbanding pasaran.

“Menerusi program JBD ini, terdapat 27 barangan yang dijual dengan harga lima hingga 20 peratus berbanding harga pasaran, contohnya kobis, yang biasanya dijual RM3.50 sekilogram di pasaran dijual RM2, telur sepapan biasa dijual RM11 di sini di jual RM8.50.

Malah ayam di sini dijual seekor RM10 sedangkan harga biasa RM8 hingga RM9 sekilogram dan kita banyak lagi barangan yang dijual dengan harga yang murah dan lebih ramai rakyat kita harap dapat menerima faedah ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program JBD di Padang Awam Bandar Dara, Chini di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif dan Pengerusi Hal Ehwal Felda Negeri Datuk Seri Abu Bakar Harun serta lebih 10,000 penduduk dari kawasan sekitar.

Program ini telah dilaksanakan di 718 outlet jualan Pasar Tani, 426 AgroBazaar Kedai Rakyat (AKR), 110 AgroBazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M), 6 MyFarm Outlet serta di program-program MyBest Buy (NBOS) di seluruh negara.

Usahawan-usahawan yang terlibat menjual 27 barangan keperluan terpilih seperti ikan, ayam, sayur, barangan runcit dan barang kawalan dengan potongan harga secara terus kepada pengguna.

Dalam majlis yang sama, Najib turut melancarkan Pusat Khidmat Setempat@Pasar Tani dan Aplikasi Pasar Tani yang dilengkapi maklumat asas seperti lokasi, masa operasi, produk menarik, harga semasa produk serta promosi jualan di Pasar Tani.

Pelancaran aplikasi yang pertama seumpama itu merupakan salah satu nilai tambah dalam perkhidmatan Fama bagi menyebar luas maklumat berkaitan pasar tani kepada pengguna.


Pengguna boleh menikmati kemudahan itu dengan memuat naik aplikasi tersebut secara percuma di ‘Google Store’ dan ‘Apple Store.

Najib yang anggota Parlimen Pekan turut melancarkan QR Pay menjadi pemudahcara kepada pengguna dan peniaga di pasar tani dan dalam usaha Fama menuju ke arah transformasi sistem jual beli lebih moden.

Untuk pelaksanaan program itu, FAMA turut bekerjasama dengan Maybank bagi melaksanakan QR Pay di outlet-outlet runcit FAMA termasuk di Pasar Tani, Pasar Tani Kekal Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABRIM), Gerai Buah- buahan Segar (GBBS), MyFarm Outlet dan My Best Buy .

“Malaysia sedang menuju ke arah masarakat tanpa tunai dan tak perlu lagi bawa wang tunai untuk berbelanja sebaliknya hanya perlu membawa aplikasi tunai. Ini telah menjadi amalan di negara-negara lain seperti China.

“Di China terdapat Aplikasi 310 untuk proses mikro kredit yang mana mereka dapat memproses pinjaman mikro kredit dalam masa hanya tiga minit sahaja sebelum meluluskannya setelah mengetahui kemampuan untuk membayar balik pinjaman berkenaan atau tidak menerusi data yang ada pada sistem itu.

“Saya sebutkan ini sebab nak bayangkan dunia sudah berubah dengan pantas sekali dan apa yang dilakukan hari ini, adalah tititk permulaan sahaja untuk kita bergerak ke dunia baharu pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Kategori