Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Dan Ezam Tidak...

1. Terdapat kemungkinan Muhyiddin Yassin dan Ezam Mohd Noor tidak membaca secara teliti...

Gambar Selfie Ini Buat...

SEKALI pandang ianya hanya sekeping gambar selfie yang biasa dilakukan semua orang. Tapi jika...

MB Johor Cipta Rekod...

SENGIT... Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berdepan pertandingan empat penjuru...

Wajah Aktor Ini Makin...

BAGI sebahagian selebriti Barat, rambut menjadi salah satu aset penting. Maka tidak hairan...

PM Lawat Masyarakat Orang Asli Di Kg Sentosa

MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan ke perkampungan orang asli, Kampung Sentosa di sini selama kira-kira 30 minit bagi meninjau sendiri keadaan rakyat di kampung tersebut.

Najib turut meluangkan masa beramah mesra dan bertanya sendiri keadaan penduduk di kawasan itu, selain melakukan tinjauan persekitaran kampung.

Pada lawatan itu, beliau turut meluluskan peruntukan tambahan RM20,000 bagi membina lampu limpah di gelanggang futsal kampung berkenaan bagi kemudahan masyarakat di sana.

Dalam ucapan ringkas, beliau berkata inisiatif pembinaan gelanggang futsal itu adalah contoh keprihatinan kerajaan dalam usaha memastikan setiap masyarakat dapat mengecapi kualiti hidup lebih sempurna.

“Alhamdulillah dalam usaha saya membuat tinjauan dan program, maka hari ini saya dapat melihat Kampung Sentosa di sini, yang mana masyarakat tempatan telah lama menunggu sebuah gelanggang futsal, maka kita telah bina gelanggang ini,” katanya di sini hari ini.


Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Ismail Mohamed. – BERNAMA

Kategori