Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Mengamuk Tak Dapat...

SEORANG wanita mengamuk di sebuah kedai telefon bimbit berjaya dirakam kamera litar tertutup...

Jemaah Malaysia Diminta Jaga...

MADINAH - Tahap disiplin tinggi jemaah haji Malaysia ketika mengerjakan ibadah haji, sering...

Rakyat Perlu Jadikan Sukan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai...

IKEA Mula Ambil Pekerja...

KUALA LUMPUR - Gedung IKEA Malaysia yang ketiga di negara ini bakal dibuka...

PM Tiba Di K.Kinabalu Lawatan 2 Hari Ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kota Kinabalu tengah hari ini untuk lawatan dua hari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 2.15 petang.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan dua timbalannya iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin serta beberapa anggota Kabinet Negeri serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Sejurus tiba, Najib terus menuju ke Fook Lu Siew Funeral Parlour untuk menziarahi jenazah mendiang Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Siringan Gubat yang meninggal dunia malam tadi.

Petang ini, perdana menteri turut dijadual melancarkan Program Jualan Sentuhan Rakyat dan BizFair peringkat negeri di Jalan Tun Fuad Stephens.


Malam ini pula, Najib akan melancarkan saluran televisyen baharu Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Esok, perdana menteri akan membuat lawatan ke Kiulu, Tuaran untuk meninjau projek Jalan Raya Telipok-Kiulu-Rondagong sebelum berlepas pulang ke ibu negara. – BERNAMA

Kategori