Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Pertandingan Jawatan Nombor...

DALAM wawancara dengan para editor kanan The Star, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Tingkat Perdagangan Dengan Negara...

KOTA BHARU - Malaysia akan meningkatkan perdagangan dengan negara ASEAN dan Asia selepas...

Bauksit: Beku Lesen Eksport...

HULU TERENGGANU - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan membekukan lesen mengeksport...

Kes ICU Covid-19, Perlu...

PUTRAJAYA : Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 33,406...

Sagu Hati Khas RM2,000 Kepada Warga PNB

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian sagu hati istimewa sebanyak RM2,000 kepada setiap warga Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan mula disalurkan Mei ini.

Najib yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) iaitu yayasan di mana PNB bernaung berkata, ia diberikan bagi meraikan ulang tahun ke-40 dan pencapaian cemerlang syarikat pengurusan dana terbesar negara itu sepanjang penubuhannya.

“Untuk sambut 40 tahun ini, bukan senang bukan selalu kita boleh sebut 40 tahun, jadi sempena menyambut ulang tahun ini, saya ingin umumkan sagu hati istimewa sebanyak RM2,000 kepada setiap warga PNB yang akan dilaksanakan pada Mei ini.

“Jadi raya pun boleh disambut dengan meriah… Saya sekali lagi ucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-40 kepada semua warga PNB, dan saya yakin masa depan PNB akan terus cemerlang,” katanya dalam ucapan pada sambutan ulang tahun ke-40 PNB di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Perdana menteri turut mengucapkan tahniah atas kejayaan PNB mengekalkan pencapaian sepanjang penubuhannya dengan aset di bawah pengurusannya kini mencapai RM279 bilion.

Najib berkata, PNB selama ini memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar-dasar induk kerajaan umpamanya Dasar Ekonomi Baharu (DEB) khususnya dalam usaha mengagihkan kekayaan negara secara saksama kepada semua rakyat.


“Prestasi dan kejayaan PNB adalah satu kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kejayaan PNB juga boleh diukur dari sudut menjayakan dasar induk kerajaan bermula dengan DEB khususnya dalam aspek pengagihan kekayaan negara kita supaya lebih adil dan saksama.

“Instrumennya ataupun vehicle antara yang paling penting adalah PNB sebab itulah hari ini bila kita sambut 40 tahun PNB, kita juga sambut kejayaan dasar-dasar induk kerajaan untuk tentukan masyarakat yang lebih adil dan saksama (kekayaan) dan kemudian untuk melihat kepada sebuah masyarakat lebih kukuh dan bersatu padu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menarik perhatian bahawa satu daripada unsur perpaduan adalah apabila setiap rakyat mempunyai pemilikan yang saksama dan tidak ada golongan yang rasa terpinggir. – BERNAMA

Kategori