Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bas Bawa Pasukan Bola...

KOTA KINABALU - Sebuah bas yang membawa pasukan bola sepak 'Miri FC' terbabas...

Tak Balas Mesej ‘Good...

BATU PAHAT: Seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari...

Mangsa Banjir Di Lima...

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di lima negeri terus menunjukkan penurunan apabila seramai...

142 Kawasan Di Petaling,...

SHAH ALAM - Sebanyak 142 kawasan di Petaling dan Klang akan mengalami gangguan...

Polis Johor, Masjid Jalin Kerjasama Banteras Jenayah

JOHOR BAHRU – Polis Johor bertindak proaktif menerusi jalinan kerjasama dengan pihak pengurusan masjid di negeri ini melalui program ‘Satu Masjid Satu Polis’ (1M1P) sebagai usaha membanteras kegiatan jenayah secara menyeluruh termasuk di kawasan masjid.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata program dengan usaha sama Jabatan Agama Islam Negeri Johor itu juga bertujuan untuk meluaskan jaringan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pengurusan masjid.

“Program 1M1P ini amat baik, yang mana pihak pengurusan masjid dapat menyampaikan aduan dan maklumat terus kepada anggota atau pegawai polis yang ditugaskan sebagai pegawai perhubungan masjid, sekiranya terdapat sebarang kejadian berlaku di kawasan masjid mahupun di luar kawasan masjid,”

“Setakat ini, seramai 32 pegawai perhubungan masjid telah dipilih dan masing-masing ditempatkan di 32 masjid di Johor Bahru Selatan dan kita bercadang untuk meluaskan program ini di seluruh daerah,” katanya selepas melancarkan program ‘High Profile Policing’ di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, di sini hari ini.

Katanya program 1M1P yang bermula pada hari ini di seluruh Johor itu juga akan memastikan pegawai perhubungan masjid membuat lawatan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi berinteraksi dan mendapatkan maklum balas terhadap keselamatan masjid dan sekitarnya.

“Pihak polis bukan sahaja melakukan pemantauan berterusan, malah turut terlibat dalam program yang dilaksanakan masjid, selain memberi ceramah dan kempen mengenai kaedah pencegahan jenayah,” katanya.


Mohd Khalil berkata masyarakat juga perlu membantu pihak polis dengan sentiasa mengawasi gerak-geri orang awam di sekeliling bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Masyarakat harus mempunyai rasa tanggungjawab dan mengambil berat terhadap keselamatan perkesekitaran serta mewujudkan persekitaran kondusif dengan slogan ‘United Against Crime’ (Bersatu Menentang Jenayah),” katanya. – BERNAMA

Kategori