JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas enam jalur bubu udang di perairan laut Parit Kedondong dekat Muar, pagi tadi.
Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata rampasan bubu bernilai RM3,000 itu dilakukan bagi memelihara khazanah dan ekologi laut.
Kaedah penangkapan ikan menggunakan bubu udang boleh menggugat alam semula jadi, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Bagaimanapun kata beliau tiada tangkapan dibuat dan kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut. – BERNAMA