Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

6 Bulan Berlalu, Fathia...

MESKIPUN sudah 6 bulan kontroversi aplikasi Bigo Live berlalu, namun Fathia Latiff mengakui...

Gadis Jual Diri Demi...

DEMI kasih dan sayang kepada seorang insan bergelar ibu, seorang gadis China berusia...

Jangkitan Covid-19 Hampir 10...

BEIJING - Penggunaan metodologi baharu untuk diagnosis koronavirus (Covid-19) menyaksikan peningkatan kes jangkitan...

Sabotaj 1MDB Bertujuan Kurangkan...

WASHINGTON DC - Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu komuniti perniagaan...

Polis Rampas Ganja Bernilai RM282,260, 2 Lelaki Ditahan

KOTA BHARU – Polis merampas 94 ketulan daun mampat dipercayai ganja bernilai RM282,260 selepas menahan dua lelaki di Jalan Jeli-Gua Musang, berhampiran Felda Meranto, Gua Musang Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata pada pukul 6 petang, sepasukan polis dari Balai Polis Bertam, Gua Musang menahan sebuah kereta berwarna hitam yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kedua-dua lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

“Pemeriksaan badan yang dilakukan polis menemukan dua paket lutsinar berisi dadah dipercayai syabu dalam poket seluar seorang suspek. Pemeriksaan lanjut ke dalam kereta itu polis menemui pula sebanyak 94 bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering dipercayai ganja,” katanya.

Hasanuddin berkata semakan rekod mendapati suspek berusia 35 tahun itu tidak memiliki rekod jenayah lampau tetapi seorang lagi suspek berusia 39 tahun mempunyai 10 rekod berkaitan dadah dan curi kenderaan.


Beliau juga berkata, kedua-dua suspek yang merupakan penduduk tempatan itu positif dadah jenis Methamphitamin.

Katanya siasatan mendapati suspek mendapat bekalan dadah itu melalui seorang lelaki berdekatan sebuah pangkalan haram Lubuk Jong di Rantau Panjang untuk pasaran di Kuala Lumpur, Pahang dan Johor. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ganja

Kategori