Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Jenayah Seksual Terhadap...

PUTRAJAYA : Kes salah laku seksual terhadap kanak-kanak antara tahun 2020 dan 2021...

Hampir Sedekad, Ayied Berjaya...

KUALA LUMPUR - Ayied Saharin, 25, peserta program realiti Gang Starz musim kedua...

Polis Terima Laporan Murid...

SEREMBAN - Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan telah menerima...

ECRL Mungkin Kembali Ke...

KUANTAN ā€“ Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh dikatakan projek berliku kerana pernah...

Polis Tahan 2 Lelaki, 41 Warga Asing Di Miri

MIRI – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki serta 41 warga asing dalam satu serbuan dilakukan di tapak pembinaan bangunan Hospital Pakar KPJ Miri di bandar baru Permyjaya pukul 10 pagi semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 12 Miri Supt Tan Hiap Seng berkata kedua-dua lelaki berumur 27 dan 31 tahun itu dipercayai majikan kepada kesemua warga asing berumur 21 hingga 49 tahun yang berasal dari Indonesia.

“Seramai 22 warga asing termasuk seorang wanita telah ditangkap di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu memasuki negara ini tanpa dokumen sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tan berkata, 19 warga asing ditahan atas kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Kesemua warga asing itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Miri untuk tindakan lanjut,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori