Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Portugal Tak Bergantung Pada...

SARANSK - Jurulatih Portugal, Fernando Santos menolak dakwaan pasukan itu terlalu bergantung harap...

Pasar Ini Popular Dengan...

JELIK... Tikus mungkin dianggap sebagai haiwan mamalia kecil yang cukup menjijikkan manusia kerana...

Isu sokong PM… Sabar...

Tunggu pagi 24 April, itu reaksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir...

AS Lanjut Pemakaian Pelitup...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan melanjutkan syarat bagi pengembara memakai pelitup muka di...

Polis Tawau Kesan Waris Dua Kanak-Kanak Lelaki

TAWAU – Polis sedang mengesan keluarga kandung atau waris dua kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di Pangkalan Sungai Lahi di Pulau Sebatik dekat sini, dipercayai sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kanak-kanak itu dikenali sebagai Kader Nani, 8, dan Fadil Nani,7.

“Kira-kira 5 petang tadi, Balai Polis Bergosong menerima maklumat daripada anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Tongkang bernama Daud menyatakan menjumpai dua kanak-kanak lelaki merayau-rayau di kampung tersebut.

“Bertindak atas maklumat itu, anggota Balai Polis Bergosong bertemu dengan anggota JKKK Kampung Tongkang tersebut dan berjumpa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Fadil berkata hasil siasatan mendapati, dua kanak-kanak itu mengikuti bapa saudara mereka dikenali sebagai Amran keluar ke laut untuk memukat pada Jumaat lepas, dan ditinggalkan di Pangkalan Sungai Lahi.

Beliau berkata sehingga kini, tiada waris atau keluarga kandung menuntut kedua-dua kanak-kanak terbabit dan tiada maklumat lain diperoleh. – BERNAMA

Kategori