Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Kualiti Udara Kekal Baik...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara kekal baik...

Nenek Dakwa Rahsia Umur...

Seorang nenek berusia 112 tahun mendakwa rahsia umur panjangnya adalah dengan menghisap rokok...

DAP Biadap, Jelas Musuhi...

MARANG - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota...

Kes Volkswagen Palsu: 98...

SINGAPURA – Bulan lalu, rakyat Malaysia gempar apabila media sosial melaporkan penemuan dua...

Polis Thai Tahan 2 Rakyat Malaysia Bawa 700kg ‘Ice’

BANGKOK – Dua lelaki Malaysia ditahan setelah polis Thai memperluaskan siasatan mereka terhadap penemuan 700 kilogram (kg) dadah jenis ‘Ice’ (Crystal Methamphetamine) dari sebuah lori yang mengangkut nanas dan tembikai di Chumphon, selatan Thailand semalam.

Ketua Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik Thailand (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk berkata, dua lelaki berumur 49 dan 34 tahun itu, dipercayai anggota sindiket dadah transnasional ditangkap di sebuah rumah di selatan sempadan Hatyai kira-kira 6.30 petang (waktu tempatan).

“Dua lelaki Malaysia itu ditahan ketika sedang memunggah dadah daripada lori itu ke sebuah rumah di Hatyai,” katanya kepada Bernama di sini dan menambah bahawa polis turut menahan seorang lelaki Thai berumur 45 tahun yang disyaki rakan subahat tempatan sindiket itu.

Beliau berkata rakyat Malaysia datang ke Hatyai untuk mengambil dadah sebelum cuba menyeludupnya ke sempadan Malaysia.

Usaha mengesan anggota lain sindiket dadah transnasional itu bermula selepas pihak berkuasa menghentikan lori berkenaan di pusat pemeriksaan keselamatan di Chumphon kira-kira 1.30 pagi (waktu tempatan semalam) dan menemukan dadah disembunyikan di sebalik buah-buahan tersebut.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak merampas dadah itu, sebaliknya membenarkan pemandu lori yang membawa dadah itu meneruskan perjalanannya ke Hatyai, dengan anggota polis menyamar mengekori dengan jarak selamat, kata Sommai.

“Mereka (polis) memutuskan untuk membiarkan pemandu meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju (Hatyai) kerana mereka mahu menangkap anggota lain sindiket itu,” katanya.

Sebaik sahaja lori terbabit tiba di Hatyai untuk menurunkan muatan haram itu, anggota polis yang menyamar menunggu dengan sabar sebelum bertindak menahan rakyat Malaysia dan warga Thailand itu.


Polis akhirnya menangkap dua rakyat Malaysia berkenaan ketika mereka sedang sibuk memunggah dadah ke rumah itu, kata ketua NSB dan menambah bahawa rampasan 700kg Ice merupakan antara kejayaan terbesar agensi itu tahun ini.

Beliau berkata sindiket itu merancang untuk menyeludup dadah ke Malaysia melalui Sadao dan pihaknya telah memberitahu pihak berkuasa Malaysia mengenai penahanan dua lelaki Malaysia itu semalam.

Somsai berkata lelaki Thai yang mana pihak berkuasa percaya merupakan anggota tempatan sindiket itu cuba melarikan diri dengan trak pikapnya apabila polis ingin menahannya namun gagal berbuat demikian.

Pihak berkuasa juga merampas beberapa kenderaan bernombor pendaftaran Thai yang digunakan dua lelaki terbabit untuk siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori