Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Guan Eng Tak...

TEMERLOH - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyanyikan lagu ABC...

Tiada Kes Manusia Positif...

BUTTERWORTH - Malaysia tidak mempunyai kes manusia yang positif jangkitan Penyakit Anjing Gila...

Mayat Mangsa Bot Karam...

KUALA PERLIS - Mayat remaja lelaki mangsa bot karam di perairan Kuala Sanglang-Kuala...

Jatuhkan MB Perak: SPRM...

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil semula enam Anggota Dewan...

PPD Sik Tunggu Kelulusan Ambil Pegawai

BALING – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik yang baharu beroperasi 1 Jan lepas kini dalam proses menunggu kelulusan pengambilan pegawai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata PPD itu yang sebelum ini beroperasi di PPD Baling kini menjalankan urusan pentadbirannya di Sekolah Kebangsaan Batu 8, Sik.

“Setakat ini sudah ada tiga pegawai yang bertugas dan kini kita sedang menunggu kelulusan pengambilan pegawai lain,” katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra beliau bersama warga PPD Baling di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Azuyah Hassan dan anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan persetujuan agar daerah Sik mempunyai PPD sendiri memandangkan 32 sekolah di Sik yang mempunyai urusan berkaitan terpaksa ke PPD Baling di Batu 42 Mukim Pulai dengan perlu mengambil masa sekitar 45 minit. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori