Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Muhammad Shafee Dibayar RM1,000...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000...

Tertinggal Budak Sekolah, Bakal...

HAJAT seorang pemuda ingin menamatkan zaman bujangnya tidak kesampaian apabila hayatnya berakhir selepas...

PNB Serah Zakat Lebih...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyampaikan bayaran zakat perniagaan berjumlah...

Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA)...

Presiden China Ucap Tahniah Kepada Putin

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping pada Isnin telah menghantar mesej ucapan tahniah kepada Presiden pilihan Rusia, Vladimir Putin, lapor agensi berita China Xinhua.

‘’Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Rusia telah bersatu dalam mengorak langkah ke arah memperkukuh, merealisasi peremajaan dan pembangunan negara, mencapai kejayaan yang luar biasa dalam pembangunan sosial serta ekonomi, selain memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa.’’

Xi turut melahirkan keyakinan bahawa Rusia akan terus mampu meraih lebih banyak kejayaan dalam pembangunan nasional.

‘’Perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Rusia berada di tahap paling baik dalam sejarah, sekali gus menjadi contoh bagaimana membina hubungan baharu di peringkat antarabangsa yang menampilkan perasaan saling menghormati, kesaksamaan dan keadilan, kerjasama serta keputusan semua menang, dan satu komuniti dengan masa depan bersama untuk umat manusia.’’

Beliau berkata China bersedia untuk menjalin hubungan dengan Rusia di peringkat lebih tinggi, memberikan daya penggerak kepada pembangunan nasional di kedua-dua negara, dan mempromosi keamanan serta kedamaian serantau dan global. – BERNAMA

Kategori