Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKR Berpecah Kerana Jawatan...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menyuarakan kebimbangan terhadap perpecahan dalam...

Bengang Disuruh Kemas Bilik,...

SEORANG remaja lelaki berusai sebelas tahun bengang apabila disuruh berulang kali mengemas bilik...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di...

Wanita Dakwa Suami Kena...

TULAR kalangan pengguna media sosial mengenai satu imej tangkap layar yang memaparkan seorang...

Projek Jalan Murni Beri Manfaat Walau Tiada Standard

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu walaupun pembinaan jalan menerusi Projek Jiwa Murni (PJM) di Sarawak tidak mencapai standard Jabatan Kerja Raya (JKR), projek itu tetap memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum berkata projek yang dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu telah memendekkan masa perjalanan rakyat luar bandar selain memberi penjimatan kos sehingga 65 peratus.

“Sebagai contoh jalan di Belaga ke Nanga Merit di Kapit di mana kalau kita bina mengikut standard JKR, kosnya adalah sebanyak RM950 juta tetapi melalui projek ini kita hanya belanja RM326 juta iaitu 65 peratus lebih murah dan sudah pasti jalan ini tidak dapat capai taraf seperti yang disebut dalam penyata audit.

“Tetapi kalau dilihat projek-projek yang dilaksanakan ini seperti projek Ba’Kelalan-Bario, kalau dulu-dulu tentera nak sampai berhari-hari sehingga dua minggu baru sampai, sekarang jalan dah siap dan dalam masa empat jam sahaja penduduk boleh keluar masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) mengenai tindakan kementerian terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2015 yang mendedahkan PJM itu tidak mencapai kualiti.


Johari berkata kementerian juga telah menjelaskan perkara tersebut kepada Jabatan Audit Negara sebelum ini. – BERNAMA

Kategori