Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

7 Lelaki Didakwa Bunuh...

KLANG - Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

7 Identiti Kru Kapal...

MUAR — Identiti tujuh daripada sembilan mangsa yang dipercayai kru kapal korek pasir...

Vaksinasi Lengkap Untuk Nikmati...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, menetapkan semua kemudahan diumumkan sebelum...

Grant Thornton Kendali Pemilihan...

BUTTERWORTH - Anggota perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi...

PRU-14: 1,100 Individu, NGO Bakal Buat Kecoh

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan organisasi yang berpotensi melakukan ‘serangan mengejut saat akhir’ bertujuan menimbulkan kekecohan pada pilihan raya umum (PRU).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ia berdasarkan antara lain analisis dan rekod lampau individu dan organisasi berkenaan.

Menurutnya, serangan itu boleh didatangkan dalam bentuk berita palsu di media sosial, pengundi hantu dan ancaman kumpulan militan Daesh.

“Kita bukan mengugut pihak terbabit sebaliknya mahu memastikan perjalanan PRU14 lancar dan rakyat berasa selamat,” katanya selepas merasmikan persidangan pesuruhjaya polis, ketua polis, komander dan komandan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata polis juga mengenal pasti 116 kawasan di Semenanjung dan 33 di Sabah dan Sarawak sebagai lokasi panas PRU14.

“Polis akan memberi fokus kepada kawasan yang dijangka ada pertandingan sengit pada PRU14 ini demi menjaga ketenteraman awam,” kata Mohamad Fuzi sambil menambah isu melibatkan perkauman juga perlu dipastikan tidak berlaku.


Polis, katanya akan bertindak terhadap pihak yang cuba mengganggu perjalanan PRU14 mengikut undang-undang sedia ada.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis telah mengenal pasti individu dan organisasi yang berpotensi melakukan serangan mengejut berkenaan untuk menimbulkan kekecohan pada PRU14.

Beliau berkata ini berlaku pada pilihan raya lalu dengan dakwaan palsu kononnya 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi. – BERNAMA

Kategori