Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pahang Catat 91 Kes...

KUANTAN - Sebanyak 91 kes demam denggi telah direkodkan dalam tempoh sembilan hari...

Bekas Setiausaha Politik Mat...

SHAH ALAM - Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu didakwa...

Terpaksa Jalani Pembedahan Sinus...

SEJAK semalam, tersebar di media sosial perkongsian seorang individu mendakwa masalah penyakit sinus...

Dhaka Diserang: 6 Militan...

** LAPORAN terkini tentera Bangladesh menyatakan 26 kematian berlaku dalam episod serangan di...

PRU14: Cuti 3,200 Polis Kontinjen Terengganu Dibeku

KUALA TERENGGANU – Cuti kira-kira 3,200 anggota dan pegawai Polis Kontinjen Terengganu kini dibekukan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Beliau berkata cuti berkenaan dibekukan secara berperingkat mengikut perjawatan masing-masing dan cuti ehsan hanya akan diberikan mengikut situasi dan kes kecemasan seperti anak sakit atau kematian anggota keluarga.

“Setakat ini cuti anggota dan pegawai kita dah dibekukan tetapi tidak menyeluruh…kita hanya akan bekukan sepenuhnya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan hingga selesai pilihan raya dan penubuhan kerajaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Terengganu di padang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Dalam kejohanan empat hari yang berakhir semalam, pasukan IPK Terengganu dinobatkan sebagai Johan selepas mengalahkan pasukan IPD Kuala Terengganu, 1-0.

Mengulas lanjut mengenai kawalan keselamatan bagi menghadapi PRU 14, beliau berkata seramai 1,500 anggota termasuk 300 anggota dan pegawai tambahan dari Bukit Aman akan ditempatkan di seluruh negeri sepanjang tempoh berkempen dan proses pengundian.


“Ini bagi memastikan keselamatan semua pihak terkawal, terutama di pusat mengundi,iaitu semasa tempoh berkempen agar tiada ketegangan berlaku semasa hari penamaan calon dan paling penting tiada kekecohan ketika proses pengundian,” katanya.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai beberapa kes rasuah melibatkan anggota polis dalam kontinjennya, Aidi berkata pihaknya tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang didapati terlibat dalam jenayah tersebut.

Ini termasuk tidak sesekali akan campur tangan dalam apa jua siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anggotanya yang menghadapi tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. – BERNAMA

Kategori