Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tanggung Sendiri Kos Saringan...

PUTRAJAYA - Bermula hari ini, rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara...

KKM Kesan Kluster Baharu...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu wabak koronavirus...

Alam Flora Bantu Kerja...

KOTA BHARU - Alam Flora Sdn. Bhd. akan membantu kerja pembersihan di Kelantan...

Permohonan Ikat Jamin Tertuduh...

AYER KEROH - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menolak permohonan jaminan terhadap...

PRU14: Tahap Siap Siaga Polis Pada 99.9 Peratus

KUALA LUMPUR – Tahap siap siaga anggota dan pegawai polis di seluruh negara berada pada 99.9 peratus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siap siaga Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada PRU kali ini adalah lebih luar biasa berbanding PRU terdahulu.

Beliau berkata PDRM juga telah melakukan kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan seluruh proses pilihan raya berjalan lancar.

“Saya sendiri turun ke semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) supaya demokrasi diterjemah sepenuhnya untuk semua calon politik daripada semua parti politik dalam menggunakan hak mereka sebagai calon sepanjang PRU14 dijalankan.


“Dalam hal ini, kita ada kesiapsagaan luar biasa berbanding PRU sebelum ini kerana kita mahu tentukan bahawa pengundi-pengundi kita berasa selamat,” kata pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi PDRM di IPK Kuala Lumpur, di sini. – BERNAMA

Kategori