Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Korban Gempa & Tsunami...

JAKARTA - Angka korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah kini meningkat...

Kebajikan Masyarakat Siam Tetap...

PASIR MAS - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyampaikan peruntukan berjumlah RM300,000 kepada masyarakat...

Prasarana Lancar SMILE Mantapkan...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melancarkan program Senyuman Mesra,...

Peguam Rayu Agong Dedah...

Peguam Mohamed Haniff Khatri merayu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya...

Pusat Operasi Cuaca, Gempa Bumi Sabah Ditambah Baik

KUALA LUMPUR – Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah kini mampu mengesan gempa bumi bermagnitud serendah 1.0 pada skala Richter setelah ditambah baik dalam usaha mengesan kejadian gempa bumi lebih cekap.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata 15 lagi stesen seismik ditambah kepada komponen pengumpulan data dan maklumat pusat berkenaan baru-baru ini dengan kos RM12.1 juta.

“Penambahan stesen ini menjadikan keseluruhan stesen seismik di Sabah sebanyak 28 stesen,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang ingin tahu inisiatif dilakukan kerajaan dalam menambah baik sistem pengesanan gempa bumi dan tsunami negeri Sabah.

Sabah pada bulan ini mencatatkan tiga gempa bumi di Ranau dalam tempoh seminggu dengan magnitud tertinggi direkodkan pada 5.2 skala Richter pada 8 Mac lepas, diikuti masing-masing 3.1 skala Richter sehari berikutnya dan pada 11 Mac.

Madius berkata berikutan gempa bumi di Ranau itu, MOSTI turut menambah baik peraturan tetap operasi, pemantauan dan pengeluaran maklumat gempa bumi serta amaran tsunami.

Katanya, ia melibatkan pasukan bertindak bencana yang diaktifkan apabila gempa bumi bermagnitud 5.0 ke atas berlaku dalam lingkungan 10 kilometer radius dari pusat Gunung Kinabalu berbanding 5.5 skala Richter sebelum ini.


Penambahbaikan juga melibatkan keperluan ketua pasukan bertindak bencana menghubungi pusat kawalan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Pusat Kawalan Malaysia Bukit Aman, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Madius berkata maklumat yang diterima turut akan disalurkan kepada pelbagai agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori