Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Takkan Bini Mu Nak...

Bayangkan hanya kerana nasi, seorang lelaki sanggup berkasar dengan isteri dan mertua.Dilaporkan bahawa...

Penstrukturan Semula Skim Pencen...

KUALA LUMPUR - Penstrukturan semula skim pencen penjawat awam hanya akan melibatkan pegawai...

Berita Sedih: Sampel B...

Hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei,32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan...

Mak Aiii.. Kim Kardashian...

PERGHH... tanpa berselindung mahupun berlapik kisah peribadi bintang sensasi Kim Kardashian dan suami,...

Rakyat Dah Bosan Dengan Lakonan Hipokrit

KUALA LUMPUR – “Perancangan rapi mereka adalah untuk mengganggu Dewan Rakyat daripada berjalan secara biasa.”

Demikian pandangan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhubung tindakan pembangkang mencetuskan keadaan huru-hara di dalam dan luar Parlimen hari ini.

Kata beliau, pemimpin Pakatan Harapan cuba melakukan provokasi keatas pembentangan laporan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita sudah tahu semua strategi mereka.Strategi di atur setelah rakyat sudah bosan dengan segala lakonan dan sikap hipokrit mereka dan tidak berminat melayan mereka.

“Mereka bertukar menjadi samseng yang sama sekali tidak menghormati apa jua undang undang dan peraturan..Rakyat akan menghukum mereka dan Allah S.W.T tentunya akan membalas perbuatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Justeru, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengucapkan tahniah kepada Dewan Rakyat dan kerajaan yang tenang, tidak beremosi dan bertindak penuh hemah dan kebijaksaaan.

Perdana Menteri tengah hari ini membentangkan laporan persempadanan semula SPR disebalik provokasi yang cuba dilakukan pembangkang melalui demontrasi di luar Parlimen.


Najib memulakan pembentangan laporan persempadanan semula untuk kawasan pilihan raya di Semenanjung Malaysia kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ia berlangsung ketika sidang Dewan Rakyat bersambung semula selepas berehat kira-kira 20 minit ekoran kekecohan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat sebelum itu.

Ketika membentangkan usul berkenaan, Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat SPR.

Jelas Najib, hal itu kerana kerajaan menghormati segala keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori