Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Tertiarap Dalam Parit

SABAK BERNAM - “Saya baru terima menantu malam Rabu, tapi tak sangka anak...

Polis Siasat Kenyataan Sanusi

KUALA LUMPUR: Polis sudah memulakan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan terhadap...

Pelajar Di Luar Negara...

MEDAN - Pelajar di luar negara harus peka dan memahami perkembangan isu semasa...

Imigresen Melaka Selamatkan 30...

MELAKA - Sebanyak 30 wanita warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan...

Rakyat Perlu Sokong RUU Antiberita Tidak Benar

JOHOR BAHRU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata orang yang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat, menghina dan merosakkan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Himpunan Sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK) & Trust@Teras Johor di pekarangan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmad, di sini, malam tadi

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Pengerusi BN, meminta pengundi kawasan Parlimen Pulai supaya tidak mendengar dakyah pembangkang dan terus memberikan sokongan kepada BN dan Nur Jazlan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau turut meminta pengundi di kawasan itu supaya menaikkan semula majoriti kemenangan kerusi Parliamen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas serta merampas kerusi DUN Perling.

Pada PRU13, Nur Jazlan mengalahkan calon PAS, Salahuddin Ayub dengan majoriti 3, 226 undi.


Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan lebih RM5.5 juta kepada Parlimen Pulai bagi melaksanakan beberapa projek rakyat antaranya membina baharu masjid Taman Kempas (RM2.5 juta), membina bumbung di antara kedai Jalan Tan Hiok Nee dan Jalan Pahang bagi Pusat Kebudayaan Persekutuan Tiong Hua Johor (RM3 juta).

Menggantikan baharu krematorium milik Kuil Arulmigu Rajamariaman di tanah perkuburan India, Jalan Kebun Teh (RM600,000).

Selain itu, sebanyak RM2.4 juta diberikan bagi Program Sentuhan Rakyat yang meliputi dana bantuan bencana, dana pesakit kronik dan program barangan dapur serta RM500,000 lagi bagi melaksanakan program Kepolisan Komuniti di kawasan perumahan. – BERNAMA

Kategori