Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lokman Calon BN PRK...

SHAH ALAM - Datuk Lokman Noor Adam secara rasmi diumumkan sebagai calon Barisan...

Astro Terus Siarkan Telefilem...

SEPERTI yang kita semua ketahui, waris Allahyarham AR Tompel telah menghantar notis tuntutan...

Suri Rumah Mengaku Salah...

KUALA PILAH - Seorang wanita tempatan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen...

CEO Suntik Ubat Belum...

BAGI meyakinkan pelanggannya bahawa vaksin penyakit herpes adalah selamat dan berkesan, seorang Ketua...

Rakyat Sarawak Tunggu Umum Hak Dikembali

KUCHING – Rakyat Sarawak tidak sabar menunggu cadangan pengumuman esok oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung pengembalian hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh kerajaan Persekutuan.

“Sarawak perlukan kuasa ini untuk mendapatkan lebih banyak dana dan cara lebih baik untuk membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan untuk rakyat, bukan mencetuskan sebarang masalah dengan kerajaan persekutuan,” kata penganalisis politik, Datuk Peter Minos.

Minos, yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan hari ini memberitahu Bernama, rakyat Sarawak amat gembira bahawa kuasa-kuasa berkenaan yang telah hilang sejak lama akan dikembalikan kepada negeri ini.

Dengan kuasa berkenaan kembali di tangan kerajaan negeri, beliau berkata hubungan persahabatan yang sebenar dan tulen akan terjalin antara Sarawak dan Kuala Lumpur.

Abang Johari telah berusaha keras untuk mendapatkan semula hak-hak itu, kata Minos dan menurutnya perkara itu dinyatakan dengan jelas pada konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching bulan lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan perhimpunan agung PBB telah berikrar untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang telah terhakis.

“Tiada perasaan bagi sebarang kehilangan. Saya fikir dan percaya penuh bahawa langkah ini akan menjadikan Malaysia lebih baik dan lebih hebat kerana salah faham dan perasaan tidak percaya akan lenyap,” kata pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak itu.

Beliau berkata sepertimana ditegaskan Abang Johari, Sarawak akan kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia untuk selama-lamanya. Ini juga dinyatakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang telah membangkitkan isu MA63 sebaik sahaja beliau menjadi ketua menteri.

“Mereka ikhlas berhubung perkara itu dan begitu juga rakyat Sarawak, yang sepenuh hati menyokong langkah Abang Johari dalam mendapatkan semula apa yang menjadi hak Sarawak daripada kerajaan Persekutuan.

“Hanya mahu mendapatkan semula apa yang menjadi milik Sarawak dan tidak lebih daripada itu. Pihak yang mengatakan Sarawak keterlaluan atau mendesak Kuala Lumpur berhubung isu itu sebenarnya tidak faham.

“Mereka melihatnya dari sudut yang salah. Apa juga milik anda adalah hak anda dan itu adalah hakikatnya. Kami di Sarawak tidak sabar menunggu apa yang Ketua Menteri Abang Johari akan nyatakan atau umumkan esok,” kata Minos.

Naib Canselor Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Prof. Datuk Khairuddin Abdul Hamid berkata cadangan pengumuman esok jelas menunjukkan keikhlasan kerajaan Persekutuan untuk membantu Sarawak.

Ia juga merupakan inisiatiaf jujur ikhas di kedua-dua pihak yakni kerajaan negeri dan Persekutuan yang telah saling bekerjasama sejak sekian lama dan kerjasama itu tidak akan berakhir dengan pengumuman esok, katanya.


Pengumuman esok mungkin berkaitan beberapa inisiatif yang diambil untuk mengembalikan hak-hak Sarawak di bawah MA63 yang telah terhakis, katanya.

“Saya percaya ia bukan dicetuskan oleh sebab hampir pilihan raya umum. Ia telah diusahakan sejak sekian lama. Cuma mungkin sekarang baru ada kesedaran, selama ini mungkin kita terleka,” katanya.

Khairuddin berkata beliau tidak menjangkakan pengumuman itu akan membawa perubahan atau pembaharuan yang terlalu drastik, sebaliknya mungkin berkisar kepada soal pentadbiran, misalnya berkaitan pendidikan yang kini terikat dengan dasar yang digubal di Putrajaya.

Penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr. Jeniri Amir berkata pengembailan kuasa itu dapat dicapai kerana wujudnya hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Ramai rakyat negeri ini kurang faham bahawa proses pengembalian hak ini sangat rumit dan memerlukan masa disebabkan isu ini sangat komplek kerana ia membabitkan undang-undang negara dan hubungan kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya kepada Bernama.

Parti pembangkang mungkin akan cuba mempolitikkan perkara itu kerana cadangan pengumuman itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya dan berharap parti pembangkang tidak berbuat demikian.

Jeniri berpendapat satu daripada hak yang akan dikembalikan kepada Sarawak adalah berkaitan minyak dan gas yang sudah tentu akan membolehkan Sarawak meningkatan pendapatan dan ekonominya, di samping meningkatkan pendapatan rakyatnya.

Pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata pengembalian hak-hak itu sesuai dengan dasar keterbukaan Najib yang mahu melihat kemajuan lebih pesat di Sarawak dan juga di Sabah. – BERNAMA

Kategori