Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

16 Anggota UMNO Fail...

PUTRAJAYA - Enam belas anggota UMNO yang memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membubarkan...

Bayi 6 Bulan Perlu...

KUALA NERANG - Seorang bayi berusia enam bulan yang menghidap sakit jantung di...

PM Bentang Belanjawan 2023...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2023...

Kecewa Pandang Muka, Bakat...

LAMBAKAN pelakon dan penyanyi baharu kini bagaikan sudah bersepah. Sampai ada yang hanya...

Rasuah: Pegawai Jabatan Veterinar Perlis Direman

KANGAR – Seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah sebanyak RM9,600.

Hakim Rosita Md Lazim mengeluarkan perintah reman itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 44 tahun itu disyaki menyalahgunakan kedudukannya dengan meluluskan lesen ā€˜Perladangan Unggas dan Aktiviti Lainā€™ atas nama dua syarikat yang dikatakan tidak mengikut prosedur ditetapkan.

SPRM turut mereman seorang pemilik syarikat berusia 39 tahun dari Alor Setar, Kedah selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Kedua-dua suspek ditahan di SPRM Perlis semalam semasa mereka dipanggil membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(b) (B) Akta SPRM 2009.


Difahamkan, suspek menerima suapan dengan menduduki rumah sewa milik pemilik syarikat tersebut tanpa membayar sewa dari November 2016 hingga November 2017. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori