Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Korea Utara Lancar 3...

SEOUL - Korea Utara membedil tiga peluru berpandu balistik jarak dekat hari ini,...

6 Ditahan, Geng Curi...

BALIK PULAU - Geng 'AV' yang aktif mencuri lori dan bas di sekitar...

Wanita, Adik, Didakwa Bunuh...

KAJANG - Seorang wanita dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini  hari...

Nor Nabila Mahu Cerai,...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34,...

Rasuah: Pemilik Kilang Tayar Dijel Sehari, Denda

JOHOR BAHRU – Gara-gara memberi rasuah kepada pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK), seorang pemilik kilang tayar celup dipenjarakan sehari dan didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Hakim Jailani Rahmat turut memerintahkan agar Law Boon Ching, 43, dipenjarakan enam bulan lagi, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didakwa memberikan suapan bernilai RM300 kepada seorang pembantu penguat kuasa MPK sebagai dorongan untuk tidak menutup serta-merta kilang tayar miliknya yang didapati dijalankan tanpa lesen sah serta didirikan di atas tanah berstatus pertanian.

Kesalahan dilakukan kira-kira 11.20 pagi di Lot 392, Jalan Batu Pahat, Kluang pada 29 Nov tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan, mana yang lebih tinggi.

Terdahulu dalam rayuannya, Law yang diwakili peguam K. Bharathi meminta agar mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan dia masih perlu membayar gaji beberapa pekerjanya serta harus menanggung keluarganya dan bapanya yang sakit jantung.

Di mahkamah yang sama, seorang pelayan restoran juga menghadapi pertuduhan sama iaitu memberikan suapan RM500 kepada seorang pembantu penguat kuasa MPK pada 13 Sept tahun lepas.


Tertuduh Lim Kim Chui, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Dia diwakili peguam Farhan Hamdan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis No.1, Jalan Majupadu 1, Taman Majupadu, Kluang pada 6.20 petang, sebagai dorongan untuk membatalkan dua kompaun yang dikeluarkan pembantu penguat kuasa itu ke atas isterinya Chun Nyuk Kiow, 54, yang merupakan pemilik restoran tempat dia bekerja kerana didapati meletakkan barang perniagaan di kaki lima premis dan lebuh awam tanpa permit dan kebenaran MPK.

Mahkamah menetapkan 16 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan turut mengarahkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua pendakwaan itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya SPRM Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar. – BERNAMA

Kategori