Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BERSIH 2.0 Bantah Larangan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan propembangkang, BERSIH 2.0 membantah tindakan kerajaan menghalang aktivisnya, Hishamuddin...

Rakyat Malaysia Dipelawa Mohon...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mempelawa rakyat Malaysia untuk memohon jawatan sebagai wakil...

N.Sembilan Sasar Kumpul 60...

SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 60...

Anwar Ucap Tahniah Erdogan...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang...

Rela Nafi Anugerah Pangkat Kehormat ‘Datuk Seri’

PUTRAJAYA – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini menafikan akan menganugerahkan pangkat kehormat Rela kepada ahli perniagaan Datuk Seri Liow Soon Hee yang memukul tiga anggota Rela pada Oktober tahun lalu.

Rela dalam satu kenyataan berkata ia memandang serius dakwaan lelaki berkenaan dalam video berdurasi kira-kira empat minit yang tular di media sosial kononnya beliau akan dianugerahkan pangkat kehormat Rela oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam video tersebut, Datuk Seri itu mendakwa adik Timbalan Perdana Menteri meminta abangnya untuk memberi beliau pangkat untuk mengetuai Rela.

Lelaki itu ditahan polis pada 31 Okt tahun lepas kerana didakwa memukul tiga anggota Rela yang sedang bertugas di sebuah tokong dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada 3 Nov tahun lepas, Liow mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabkan kecederaan ke atas tiga anggota Rela yang sedang bertugas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RELA

Kategori