Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Konstabel Polis Patah Tangan...

IPOH - Seorang konstabel polis patah tangan selepas dirempuh penunggang motosikal dalam satu...

Tanda Kecekapan Berpolitik Ismail...

Tanda Kecekapan Berpolitik Ismail Sabri

Bila Masa Pulak Wartawan...

INILAH jadinya kalau tidak membaca berita dengan betul.Seorang pengguna Facebook, James Douglas Ripon...

16 Ajaran & Fahaman...

KOTA KINABALU - Majlis Fatwa Negeri Sabah mengeluarkan fatwa ke atas 16 ajaran...

Remaja 18 Tahun Muncul Johan Qariah

TERPESONA dengan alunan ayat suci al-Quran, seorang remaja yang pada mulanya menyimpan angan-angan untuk menjadi qariah telah berjaya mendapat Johan Qariah Majlis Menghafaz dan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan.

Nur Natasha Azeze Shariman Azeze, 18, telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban semalam.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pagi, Senawang itu gembira atas pencapaian tertinggi yang kali pertama diperolehinya.

“Pertandingan tilawah al-Quran menjadi program kegemaran saya sejak usia tujuh tahun. Ibu mencarikan guru supaya saya dapat mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna.

“Setiap hari saya memperuntukkan dua jam untuk belajar dengan guru. Di rumah pula, saya menggunakan masa terluang mengaji al-Quran untuk memantapkan lagi bacaan,” katanya pada Harian Metro.

Manakala johan bagi qari pula telah dinobatkan kepada Ahmad Basyir Abu Bakar, 37.


Ahmad Basyir dan Nur Natasha membawa pulang piala pusingan, sijil dan wang tunai yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berkenan hadir, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Selamat Paigo. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori