Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lukisan 60 Tahun Tonjol...

NEW YORK - Salah sebuah lukisan terkenal karya seniman Itali, Amedeo Modigliani akhirnya...

Tayang Payudara Sambil Bertugas...

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang tukang gunting rambut wanita separuh bogel tersebar menerusi...

Cikgu Biologi Dari China...

Alahai, sebelum ini heboh di media sosial tentang gambar viral cikgu cantik manis...

Kes Covid-19 Seluruh Dunia...

MOSCOW - Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia sudah melebihi 93...

Remaja Lelaki Cedera Dalam Kejadian Samun

KEPALA BATAS – Seorang remaja lelaki mengalami beberapa kecederaan di tangan dan badan selepas dicederakan oleh suspek yang menyamunnya dalam kejadian di Jalan Pantai Robina, Teluk Air Tawar dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun sedang memancing di kawasan berkenaan bersama dua rakannya berumur 21 dan 24 tahun.

“Semasa kejadian, remaja itu berada di tembok yang terdapat di Pantai Robina dan sedang memancing ikan sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki telah berhenti berhampiran mangsa.

“Penunggang motosikal itu berpura-pura bertanya jalan kepada mangsa sebelum rakannya yang membonceng kenderaan berkenaan turun dan berlari ke arah remaja tersebut dan melibas parang yang dibawanya,” katanya di sini hari ini.

Katanya suspek yang menggunakan parang panjang bertindak melibas beberapa kali ke arah mangsa sebelum dia bertindak merampas beg milik remaja berkenaan yang mengandungi wang tunai sebanyak RM470 serta pelbagai dokumen peribadi.

Noorzainy berkata dua lelaki itu melarikan diri dengan motosikal selepas mencederakan dan menyamun mangsa manakala dua rakan mangsa yang berada di situ cuba membantu remaja berkenaan serta bertindak mengejar suspek namun gagal.

Katanya remaja lelaki itu mengalami kecederaan luka di jari tangan kanan, luka di lengan kiri dan tetakan di belakang badan serta dirawat di Hospital Seberang Jaya.


“Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil manakala dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan awal polis mendapati dua suspek tersebut menggunakan motosikal Honda Waze berwarna perak semasa menyamun remaja tersebut,” katanya.

Beliau berkata suspek dipercayai orang tempatan berdasarkan cara percakapan serta dialek yang digunakan mereka dan usaha mengesan dua lelaki berumur lingkungan 20-an itu giat dijalankan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori