Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

NRE Teliti Undang-Undang Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang meneliti untuk memperkenalkan...

Gempar!! Doktor New...

Penularan virus berbahaya Ebola amat digeruni masyarakat dunia kerana hingga kini, beribu kematian dikatakan...

3 Maut Lombong Bakar...

PRAGUE - Sekurang-kurangnya 13 pelombong maut, manakala 10 lagi cedera selepas kebakaran yang...

Kerja Penyenggaraan Bekalan Elektrik...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama (PMU) milik Tenaga Nasional...

Remaja Meninggal Lepas Lahir Anak Dalam Masjid

SEORANG remaja perempuan ditemui mati, selepas melahirkan bayi lelaki di Masjid Nurul Hidayah di Kampung Rawa Aren, Jawa Barat, Indonesia, kelmarin.

Tribunnews melaporkan, mayat remaja berusia 18 tahun dan dipercayai tidak bersuami itu ditemui siak masjid berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis.

Siak masjid yang dikenali sebagai Mindi, 39, memberitahu mangsa dikatakan datang bersama seorang lelaki yang kemudiannya ingin menumpang buat sementara waktu di pusat ibadah berkenaan.

“Saya memberikan izin kepada mereka untuk berehat dan memberitahu agar berada dibahagian bawah sahaja, namun wanita itu berkeras mahu ke bahagian atas.

“Usia wanita itu masih muda mungkin sekitar 19-20 tahun dan mungkin masih belajar di universiti tetapi saya tak tahu kalau perempuan itu mengandung,” katanya.

Namun tidak beberapa lama kemudian, siak masjid itu terkejut apabila mendapat tahu wanita berkenaan telah melahirkan bayi di tingkat atas masjid tersebut.

“Tidak lama selepas itu saya melihat mereka berdua membungkus sesuatu ke dalam plastik dan muka wanita itu sangat pucat dan lemah,” katanya.


“Ketika saya periksa rupanya ada seorang bayi berhampiran remaja itu namun dia tidak sedarkan diri.

“Saya seterusnya bergegas meminta pertolongan kepada jemaah wanita namun apabila diperiksa, remaja perempuan terbabit sudah meninggal dunia,” katanya lagi.

Difahamkan, lelaki yang datang bersama wanita itu memberitahu dia langsung tidak mengetahui keadaan mangsa yang sedang hamil dan hanya ingin menolong perempuan malang itu sahaja.

Kejadian itu membuatkan penduduk Kampung Rawa Aren Jaya kecoh namun setelah disiasat, wanita tidak dikenali itu bukan berasal dari kampung berkenaan.

Sementara itu bayi lelaki seberat 1.7 kilogram yang berada dalam keadaan cukup sifat itu telah dibawa ke Hospital Kota Bekasi untuk rawatan lanjut.

Jenazah wanita itu kini sedang dikenal pasti identitinya bagi mencari waris, manakala individu yang datang bersama wanita itu kini ditahan di balai polis Bekasi Timur bagi siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori