Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tular Slogan Terkini Najib:...

MUNGKIN agak biasa dan nampak lucu namun 'Malu Apa Bossku' yang ditulis poster...

Agensi Tunggal Kawal Sempadan...

PUTRAJAYA - Sebuah agensi sempadan diwujudkan bagi mengawal, memperkukuh dan mempertingkatkan piawaian pengoperasian...

Polis Siasat Dakwaan Aliff...

PETALING JAYA - Polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang mendakwa usahawan kosmetik...

Cristiano Ronaldo Pun Bukan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menyelar pihak yang sering...

Remajakan UMNO, BN Terus Kekal Relevan

KUALA NERUS – UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa melakukan pelbagai transformasi dan meremajakan parti tidak sekadar untuk terus mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang, malah ia bertujuan terus kekal relevan sehingga lebih 1,000 tahun lagi.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pemimpin sentiasa datang dan pergi dalam parti itu, namun UMNO dan BN sejak dulu lagi sentiasa fokus dan kekal dengan matlamatnya dalam membentuk Malaysia yang lebih maju untuk generasi akan datang.

“Walaupun UMNO adalah parti lama tapi kita boleh bertahan sebab sentiasa mentransformasikan dan meremajakan perjuangan kita selama ini untuk generasi akan datang…banyak lagi yang ingin kita lakukan (untuk rakyat).

“Apa yang UMNO dan BN laksanakan bukan sahaja untuk PRU semata-mata, tetapi kita sudah ada perancangan untuk 20, 30 dan 50 tahun akan datang…contohnya Felcra sendiri adalah antara idea UMNO untuk membantu transformasikan masyarakat di kawasan luar bandar dalam pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Felcra Berhad bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu, Nawi Mohamad serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perusahaan Perladangan negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.


Sementara itu, Ahmad Razif dalam ucapannya berkata Felcra telah berjaya memajukan 19 kawasan di Terengganu yang membabitkan 178 projek dengan keluasan keseluruhan sebanyak 23,474 hektar dan melibatkan seramai 5,918 orang peserta.

“Felcra juga telah mengagihkan kira-kira RM65 juta dividen bagi tempoh 2013 hingga 2017….ternyata model pembangunan yang dilaksanakan oleh Felcra Berhad telah memberikan limpahan manfaat yang cukup besar kepada peserta yang terlibat.

“Saya cukup yakin dan percaya, lebih banyak kemajuan akan dilakukan Felcra pada masa akan datang, kerana ketika ini pelbagai program pembangunan penyelidikan telah dilakukan Felcra seperti banyak negara lain yang sangat jauh ke hadapan dalam bidang pertanian,” katanya. – BERNAMA

Kategori