Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Apa Motif Zombi Komunis...

BIADAB... Bulan lalu kecoh beberapa aktivis DAP Melayu dengan angkuh cuba desak pihak...

Salur Aduan Kepada Pihak...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan orang ramai agar mengenal pasti...

Sekurang-Kurangnya 150 Maut Stesen...

ACCRA - Sekurang-kurangnya 150 orang maut dalam kebakaran di stesen minyak di sini...

273 Individu Ditahan Guna...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menahan 273 individu kerana menggunakan kad...

Restoran Di Hanoi, Ruang Makan Obama Jadi Pameran

BERSEJARAH… Restoran Bún chả Hương Liên di Vietnam kini menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai kerana pernah disinggah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada 23 Mei 2016.

Malah, pemilik restoran tersebut telah menjadikan ruang makan yang terdiri daripada meja, kerusi, bekas makanan dan cawan serta alatan makan yang pernah digunakan pemimpin kuasa besar dunia itu sebagai alat pameran.

Menurut stesen CNN, kehadiran Obama ke negara Asia tenggara tersebut adalah untuk memperbaiki hubungan dengan negara bekas jajahannya serta yang pernah diperangi tentera AS pada 1960-an.

Obama hadir ke restoran berkenaan ditemani personaliti televisyen dan tukang masak terkenal AS, Anthony Bourdain bagi menikmati hidangan istimewa dan masakan tradisional Vietnam.

Kedua-dua mereka berkunjung ke restoran itu yang terkenal dalam menyediakan hidangan mi tempatan yang dikenali sebagai Bun Cha, daging babi panggang berserta sos dan sup serta herba segar.

Peliknya, orang ramai yang mengunjungi restoran tersebut pada masa yang sama tidak sedar akan kehadiran Obama dan Bourdain, seakan-akan mereka telah terpesona dengan hidangan masing-masing.

Bourdain turut memuji masakan tradisional tempatan tersebut dan berkongsi detiknya bersama Obama melalui laman rasmi Twitter dan Instagram miliknya.

“Jumlah bil makan malam bun cha bersama Presiden adalah AS$6 (RM24.66)  Saya yang belanja!” tulis Bourdain di Twitter.


Obama dan Bourdain kemudian dikerumuni oleh kebanyakan rakyat Vietnam yang berada di situ ketika mereka mahu meninggalkan tempat tersebut.

Kini, restoran tersebut telah menjadikan hidangan yang disediakan pada Obama dan Bourdain pada malam itu adalah menu utama sebagai tarikan pengunjung dan pelancong.

Selain restoran yang dapat sambutan atas kehadiran bekas presiden AS itu, terdapat tempat lain di Vietnam yang menjadi kunjungannya dan dinamakan sempena nama beliau seperti Kuil Obama (Chùa Obama). – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori