Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tempuh Perjalanan 700 Km...

KUANTAN - Pemilik bengkel motosikal dari Kodiang, Kedah sanggup menempuh perjalanan sejauh 700...

Rishi Kapoor Meninggal Dunia

NEW DELHI - Legenda Bollywood, Rishi Kapoor meninggal dunia akibat kanser, di sebuah...

Sembilan Pelajar MRSM Baling...

ALOR SETAR - Sembilan daripada 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling...

Malaysia VS Liverpool, Peminat...

Perlawanan antara pasukan Malaysia dan dua pasukan tersohor liga Inggeris, Tottenham Hotspur dan...

Rezeki Di Luar Jangkaan – Penerima Faedah

SETIU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu hari ini menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 kepada waris Azizah Jamaludin, mangsa kemalangan maut di Setiu Sabtu lepas.

Suami Allahyarham, Mohd Apendi Deraman, 41, bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perkeso menghulurkan bantuan dengan segera.

“Saya ingat isteri saya pergi begitu sahaja, tidak sangka pula ada simpanan Perkeso yang dibuat oleh arwah sebelum ini ketika arwah bekerja di Johor dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan itu di rumahnya di sini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Perkeso merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi Mohd Iskandar Jaafar, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Mohd Jidin Shafee merangkap ADUN Permaisuri dan Pengarah Perkeso Terengganu Nora Yaacob.

Dalam kejadian kira-kira 6.40 pagi itu, tiga wanita maut manakala seorang parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 59, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja, Setiu.

Nahas itu mengakibatkan pemilik kantin, Marina Deraman, 48, dan dua pekerjanya Azizah, 48, dan seorang warga Indonesia Dewiyanti Demmagassing, 36, maut di tempat kejadian manakala Nor Ashimah Mohd Yasim, 36, cedera parah.

Ketika kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Waja dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di Kolam Udang Kampung Nyatoh di sini.


Allahyarham Azizah meninggalkan suami dan seorang anak Muhammad Luqman Haikal Mohd Apendi, 12, yang akan mendapat pencen bulanan sebanyak RM475 sehingga berumur 21 tahun atau sehingga mendapat ijazah pertama jika melanjutkan pelajaran.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata sehingga Februari tahun ini, Perkeso Terengganu telah membelanjakan hampir RM2 juta untuk membayar faedah kepada pencarum di seluruh negeri.

“Tahun lalu kita telah belanjakan sebanyak RM14 juta untuk membayar faedah kepada pencarum kita yang layak. Dan saya ingin nasihatkan kepada masyarakat dan majikan terutama mereka yang layak mencarum dengan Perkeso untuk segeralah berbuat demikian.

“Kerana kita boleh lihat hari ini, arwah Azizah sudah lama tidak mencarum dengan Perkeso dan kali terakhir beliau berbuat demikian pada tahun 2004. Tapi duit tersebut telah mampu memberi manfaat kepada suami dan anak-anaknya. Penyerahan faedah hari ini kita sendiri ambil inisiatif untuk jejaki waris Azizah selepas berita mengenai kemalangannya keluar di surat khabar tempatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori