Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

2 Anggota Dewan Negara...

IPOH - Proses pemilihan dua Anggota Dewan Negara akan diadakan pada persidangan Dewan...

14 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 14 kluster baharu yang...

UMNO Kelantan Beri Penerangan...

TANAH MERAH - Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberikan penerangan kepada anggota akar...

Tidak Sedar Rakan Terhimpit...

BESUT - “Saya hanya mampu menjerit ketakutan apabila bot yang kami naiki berpusing...

Rizab Antarabangsa BNM US$103.7 Bilion 28 Februari

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$103.7 billon (US$1=RM3.90) pada 28 Februari lepas berbanding US$103.6 bilion yang dicatatkan pada 15 Februari 2018.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan, memberitahu rizab tersebut cukup untuk membiayai import tertangguh selama 7.2 bulan dan 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing sebanyak (US$ 97.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$ 800 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak US$1.2 bilion, emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab yang lain (US$3.1 bilion).

Aset itu terdiri daripada simpanan emas, pertukaran asing dan lain-lain rizab, termasuk SDR (RM419.55 bilion), sekuriti kerajaan Malaysia (RM4.46 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.60 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.49 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) serta aset-aset lain (RM9.52 bilion). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BNM

Kategori