Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Ditemui Mati...

Nilai: Seorang anggota polis ditemui mati di tandas hentian rehat dan rawat (R&R)...

Pemilihan PKR: Anwar Bakal...

TIGA hari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat bertanding jawatan Presiden PKR,...

UNESCO Gesa Kelantan Tarik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan digesa menarik balik larangan persembahan tarian Mak Yong...

Polis Tahan Lelaki Kurang...

BESUT - Polis menahan seorang lelaki tidak siuman dipercayai membakar rumah milik seorang...

RM290 Juta Untuk Projek Tebatan Banjir Di Melaka

JASIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM290 juta untuk melaksanakan empat projek tebatan banjir di Melaka tahun ini.

Beliau berkata empat projek tersebut ialah di Jasin melibatkan kos RM60 juta, Merlimau (RM36 juta), Sungai Duyung (RM164 juta) dan di Kampung Gajah (RM30 juta).

Projek tebatan banjir di Jasin, Merlimau dan Sungai Duyung kini berada dalam fasa reka bentuk manakala di Kampung Gajah pula masih dalam peringkat pertama perancangan, katanya ketika berucap pada majlis pengisytiharan Sungai Rambai sebagai Daerah Kecil, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai dekat sini hari ini.

Najib turut mengumumkan projek lampu kampung melibatkan 194 kampung di Melaka yang bakal memberi manfaat kepada 58,000 orang penduduk pada tahun ini.

Pada majlis itu, Najib beramah mesra dengan penduduk setempat dan melakukan tinjauan mesra di RTC Sungai Rambai.


Turut hadir pada majlis itu isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan barisan Exco kerajaan negeri. – BERNAMA

Kategori