Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Laporan Dakwa Jho Low...

JERANTUT - Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan ahli perniagaan dalam...

Najib Didakwa Di Mahkamah...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Pasukan Petugas...

Kerajaan N.Sembilan Pandang Serius...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memandang serius masalah sampah haram dan usaha memeranginya...

Penyokong Kelantan Tolak Hujah...

KUALA LUMPUR - Sebilangan penyokong pasukan Kelantan tidak dapat menerima hujah pengurusan kelab...

Rokok Punca Banyak Kes Kebakaran Jalan Singapura

SINGAPURA amat digeruni masyarakat antarabangsa kerana terkenal tegas dalam isu berkaitan rokok daripada harga jualannya yang amat mahal selain kurang tempat merokok di tempat awam.

Keadaan unik tersebut menyebabkan ramai rakyatnya yang kuat hisap rokok terpaksa melepaskan ‘gian’ mereka pergi ke negara jiran kerana lebih longgar dasarnya dan agak mesra perokok waima di kawasan larangan merokok!

Namun media tempatan hari ini melaporkan antara 2014 dengan 2017 lalu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) terpaksa menangani purata sekitar 350 kes kebakaran pokok belukar di tepi jalan raya pada setiap tahun.

Sebahagian besar daripadanya hanya disebabkan puntung rokok yang dibuang merata-rata oleh pemandu kereta atau penunggang motosikal, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Josephine Teo di sidang Parlimen semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Dr. Intan Azura Mokhtar mengenai berapa banyak kes insiden kebakaran sedemikian berpunca daripada sikap pemandu yang membuang puntung rokok mereka secara sembarangan di pembahagi jalan.

Juga rekod disebabkan oleh gejala buruk tersebut yang berjaya menyaksikan rokok dicampak bebas ke arah pokok dan tumbuh-tumbuhan ditanam di tepi jalan raya negara termaju rantau Asia tenggara berkenaan selama ini.

Ahli Parlimen Kawasan Ang Mo Kio itu kemudian bertanya tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kerana “ia mungkin sukar memandangkan pemandu terbabit sedang dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.”

Mereka namun sengaja membuang sembarangan ketika memandu ataupun menunggang. Teo bersetuju dengan pandangan Intan Azura sambil menasihati orang awam agar lebih bertanggungjawab atas tindakan mereka.


“Tiada cara mudah untuk cegah perkara ini kecuali dengan merayu kepada semangat kekitaan penduduk; kecuali dengan kerap mengingatkan orang ramai mengenai risiko bahaya kebakaran di mana jua puntung rokok dibuang.

“Sama ada di estet perumahan ataupun di tepi jalan raya – sikap sedemikian boleh menyebabkan situasi lain seperti bencana kebakaran belukar,” tambah Teo lagi yang dipetik stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Beliau kemudian menambah: “Kami menggalakkan orang ramai supaya melaporkan kesalahan sedemikian melalui laman NEA (Agensi Alam Sekitar Kebangsaan), aplikasi telefon pintar ataupun panggilan ke talian kecemasan.”

Teo selanjutnya mendedahkan bahawa pemasangan alat penggera kebakaran di skim flat awam akan bermula pada Jun tahun ini dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) dan pihak Persatuan Rakyat (PA).

Tahun lalu, Kementerian Ehwal Dalam Negeri mengumumkan bahawa SCDF bekerjasama dengan HDB dan PA untuk memasang alat penggera kebakaran secara percuma di semua 60,000 flat itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori