Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Orang Sabah Tak Rasa...

HANYA kerana mahu bermesra dengan peminatnya, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah disalaherti...

Pengguna Kecewa Gagal Tebus...

SHAH ALAM - Rata-rata pengguna kecewa apabila gagal menebus wang percuma RM30 yang...

11 Kes Positif COVID-19...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kes positif baharu COVID-19 yang merangkumi tiga kes...

KPN Arah Michelle Yesudas...

PEGUAM Michelle Yesudas digesa oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar...

Roslan: Bermalam Bersama Mayat Komunis

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles

MASUK hari itu – 23 Oktober 1979 – sudah tiga minggu platun yang dipimpin oleh Leftenan Muda Roslan Abdul Rahman, 20, melaksanakan operasi di satu kawasan hutan di Kroh, Perak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dalam Gerakan Selamat Sawadee.

Namun sejak dari mula lagi tiada sebarang jejak musuh yang ditemui. Begitu juga dengan serang hendap yang dirancang. Satu pun tidak membuahkan hasil.

Keadaan itu sedikit sebanyak mula meresahkan Roslan. Malah bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kem Majidee, Johor Bahru ini turut bimbang akan dikenakan tindakan oleh pegawai atasannya kerana gagal menjejak musuh di kawasan yang dianggap lubuk pengganas komunis itu.

Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan dirinya baru 10 bulan ditauliahkan dalam Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (14 RAMD).

Biarpun agak gelisah, beliau bersama dengan anggotanya tetap meneruskan penjejakan seperti biasa dengan harapan tuah akan memihak kepada mereka selepas itu.

Ketika melalui satu denai, tanpa diduga anggota hadapannya telah menjumpai beberapa kesan musuh yang dianggarkan seramai 10 orang di Sektor Echo Dua Golf. Turut ditemui ialah tempat musuh memasak serta bermalam.

Penemuan itu, menjadikan mereka semakin bersemangat untuk memburu musuh. Pagi 25 Oktober, selepas bersarapan, Roslan mengarahkan anggota platunnya mendaki sebuah bukit mengikut jejak yang ditinggalkan musuh.

Bagaimanapun, ketika tiba di tebing sebatang sungai, jejak tersebut hilang. Memandangkan waktu itu matahari telah meninggi, beliau mengarahkan anggotanya memasak makanan untuk makan tengahari dan bekalan makan petang sebelum meneruskan penjejakan.

Sebaik selesai makan tengah hari, hujan mula turun di kawasan tersebut. Walaupun begitu, Roslan tetap mengarahkan anggota platunnya menyeberang sungai yang mengalir agak deras itu kerana percaya musuh berada di seberang sana.

Untuk tujuan itu, Prebet Zaini Jumari telah dipilih sebagai peninjau hadapan manakala Sarjan Pardukun Karipunan sebagai anggota terakhir.

Kira-kira pukul 3 petang, tugas peninjau hadapan diserahkan kepada Prebet Bakar Senin selepas Zaini mengalami kecederaan di mulut selepas terjatuh.

Sewaktu menghampiri tebing di seberang sungai, Bakar ternampak seketul batu yang telah berubah kedudukannya. Dia mengesyaki ia telah dilanggar oleh musuh dan lantas memberi isyarat kepada rakan-rakan di belakang agar berwaspada.

Isyarat Musuh

Tidak lama selepas meninggalkan kawasan sungai, Bakar ternampak pula satu kawasan kebun terbentang luas di hadapannya. Kebun tersebut banyak ditanam ubi keledek, betik dan pisang. Melihat itu, dia lantas memberi isyarat musuh kepada Roslan.

”Selepas menerima isyarat itu, saya terus meluru ke depan untuk menninjau apa yang terdapat di depan kami dalam keadaan berdebardebar,” katanya.

Sebaik ternampak kawasan kebun seluas lima gelanggang tenis itu, hati Roslan terdetik mengatakan ia mungkin milik pengganas komunis kerana kedudukannya jauh di dalam hutan.

Untuk kepastian, beliau membuat tinjauan hadapan bersama Bakar dan Prebet Ismail Ibrahim untuk melihat kalau-kalau terdapat musuh di situ.

”Dari celah-celah pokok resam, saya cuba mencari musuh tetapi tidak nampak sesiapa pun di situ. Jarak pengllihatan kami juga terhad kerana hari hujan,” ujar beliau.

Untuk memuaskan hati, Roslan kemudiannya bergerak dari kanan menuju ke penjuru kiri kebun tersebut untuk memastikan musuh benar-benar tiada di situ.

Sewaktu menghampiri hujung kebun, langkah mereka terhenti apabila ternampak kelibat dua lembaga berwarna hijau.

Setelah diperhati dengan telilti, mereka mendapati ada seorang wanita dan lelaki berpakaian serba hijau lengkap dengan ’pouches’.

Wanita tersebut sedang berlindung dari hujan di bawah sebatang pokok pisang manakala yang lelaki sedang menyelongkar ubi keledek sambil membaling kepada wanita berkenaan.

Tetapi Roslan tidak pasti sama ada mereka itu musuh, anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) atau tentera Thailand. Keadaan itu menyebabkan beliau teragak-agak untuk bertindak. Sehinggalah beliau ternampak selaras Carbine yang disandarkan pada sebatang tunggul pokok.

”Setahu saya hanya pengganas komunis sahaja yang menggunakan senjata tersebut. Dari situ baru saya berani membuat keputusan untuk menyerang musuh,” ujarnya.

Beliau kemudiannya memanggil Pardukun untuk mengatur serangan sambil membahagikan anggota kepada tiga kumpulan penyekat dan satu kumpulan penyerang. Kumpulan penyerang terdiri daripada Roslan dan enam yang lain.

Sebaik semua mengambil kedudukan, Roslan terus melepaskan tembakan pertama, tepat mengenai pengganas lelaki yang sedang sibuk menggali ubi keledek. Musuh tersebut menemui ajalnya di situ juga.


Ia diikuti dengan tembakan oleh semua anggota platun tersebut. Terkejut dengan serangan tersebut, musuh cuba melepaskan tembakan balas tetapi tidak sempat.

”Dalam keadaan kelam-kabut itu barulah kami tahu bahawa ada empat orang musuh semuanya di situ, bukannya dua orang,” katanya sambil memberitahu kedudukan dua musuh lagi adalah terlindung dari pengllihatan mereka sebelum itu.

Malah sebaik pertempuran meletus, dua musuh tadi berusaha melarikan diri ke arah sebuah bukit tempat perkhemahan mereka tanpa mempedulikan rakan-rakannya yang diserang.

Pertempuran dengan sepasang musuh itu berlangsung begitu singkat. Tidak sampai lima minit, kedua-dua mereak berjaya ditumpaskan.

Disebabkan rasa seram sejuk terus berlarutan akhirnya pegawai atasan mencadangkan kami mendapatkan rawatan tradisional. Kami jumpa beberapa orang bomoh dan semuanya mengatakan kami terkena badi mayat musuh yang dibunuh. Selepas diubat, semuanya sembuh.

Tembakan Semburan

Kira-kira sejam kemudian ketika pasukan keselamatan cuba menjejak semula musuh yang lari berdasarkan kesan darah yang ditemui, tanpa diduga seorang anggota Roslan ternampak seorang pengganas wanita yang cedera di lutut dan punggung cuba melarikan diri.

Sebaik mengetahui perkara itu, Roslan terus bergegas ke arah musuh tersebut dan melepaskan tembakan semburan dari jarak tiga meter.

Selepas itu, mereka cuba mengesan jejak seorang lagi pengganas lelaki yang sempat melarikan diri ke arah sebuah bukit, tetapi gagal.

Sewaktu penggeledahan dilakukan pasukan keselamatan menemui dua laras senjata Carbine, sepucuk senjata .22, 361 butir peluru, sembilan kelopak, sebutir bom tangan, tiga pasang ’pouches’ serta beberapa peralatan lain termasuk ubat.

Disebabkan hari semakin lewat petang, bantuan helikopter untuk mengeluarkan musuh yang dibunuh gagal diperoleh dan mereka terpaksa bermalam dengan mayat-mayat berkenaan.

Kira-kira pukul 11 pagi esoknya, barulah sebuah helikopter Nuri tiba, namun ia tidak boleh mendarat kerana kedudukan platun itu berada di sebuah lurah yang sempit manakala tempat pendaratan yang dibuat tidak cukup luas.

”Disebabkan keadaan itu, helikopter pergi meninggalkan kami dan berjanji untuk datang semula keesokan harinya. Petang itu kami terpaksa membesarkan lagi tempat pendaratan untuk memastikan ia boleh mendarat,” katanya.

Biarpun begitu, malang menimpa mereka pada petang itu apabila Prebet Ahmad Selat terpijak jerangkap samar ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah kawasan bukit.

Malam itu pula, mereka tidak dapat tidur lena kerana mayat musuh telah mengeluarkan bau busuk di samping kasihan mendengar suara Ahmad yang mengerang kesakitan.

Seperti dijanjikan kira-kira pukul 10 pagi 27 Oktober 1979, sebuah helikopter menghampiri kedudukan mereka. Kemudian Ahmad, tiga mayat musuh dan anggota platun Roslan dibawa keluar dari kawasan operasi pada hari yang sama.

Sewaktu tiba di Kem Terendak, Roslan dan beberapa anggotanya mula merasa tidak sedap badan, hilang selera makan dan menjadi agak pendiam. Adakalanya badan mereka berasa seram sejuk.

”Mulanya saya syak kami kena malaria tetapi selepas diperiksa doktor, kami disahkan tidak sakit apa-apa walaupun saya telah ditahan di dalam wad Hospital Angkatan Tentera Terendak selama 13 hari,” kata Roslan yang dilahirkan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) dan kemudiannya dibesarkan di Kampung Majidee Baru, Johor Bahru.

Terkena Badi

”Disebabkan rasa seram sejuk terus berlarutan akhirnya pegawai atasan mencadangkan kami mendapatkan rawatan tradisional.

”Kami jumpa beberapa orang bomoh dan semuanya mengatakan kami terkena badi mayat musuh yang dibunuh. Selepas diubat, semuanya sembuh,” katanya.

Dalam pada itu, kejayaan platun yang dipimpin oleh Roslan itu terus menjadi perbualan bukan sahaja anggota batalion itu malah pasukan lain.

Apatah lagi kejayaan itu dikatakan yang terbesar dicapai oleh 14 RAMD sejak tragedi hitam beberapa anggotanya terkorban selepas diserang hendap musuh di Bukit Berapit, Perak beberapa tahun sebelum itu.

Ekoran kejayaan itu, Roslan, 45 yang kini merupakan Ajutan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) berpangkat Mejar telah dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 4 Jun 1980. – MYNEWSHUB.CC

*Petikan dari buku ‘Demi Negara’ tulisan Datuk Akmar Hisham Mokhles (gambar). Beliau juga adalah Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.

Kategori