Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Lawat...

ZURICH - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kini dalam...

Anak Abam Sudah Mula...

“ANAK arwah sudah mula tercari-cari bapanya,” kata pelawak, Ali Puteh yang juga adik...

Buat Kenyataan Jelik Terhadap...

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan...

Konon Nak Daftar Anak...

Modus operandi mereka sangat licik! Siapa sangka, dua orang yang mengaku pasangan suami...

Rozita Hadir Bagi Semakan Semula Kes Cedera Amah

SHAH ALAM – Selepas gagal hadir bagi semakan semula hukuman di Mahkamah Tinggi Shah Alam Rabu lalu, Rozita Mohamad Ali, yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya dua tahun lalu, hadir di mahkamah hari ini.

Suri rumah berusia 44 tahun yang memakai serba hitam itu hadir ke mahkamah bersama dua peguamnya kira-kira jam 8.55 pagi, berikutan permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara dan prosiding dijangka bermula pada bila-bila masa sahaja.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan itu, selain perlu membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan sedemikian selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding perbicaraan kes terhadapnya.

Suri rumah terbabit sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh, namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).


Bagaimanapun, pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas hati, termasuk Pejabat Peguam Negara, yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Pada 21 Disember dua tahun lalu, pembantu rumah terbabit, Suyanti, ditemui terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang oleh pengawal keselamatan. – BH ONLINE

Kategori