Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pihak Swasta Dipelawa Tetas...

PORT DICKSON - Jabatan Perikanan Malaysia mengajak pihak swasta untuk bersama-sama terlibat dalam...

Imam Hawaii Cabar Larangan...

HONOLULU - Peguam Negara Hawaii, Doug Chin mengemukakan saman ke atas larangan perjalanan Presiden...

Video: Cahaya Misteri ‘Meraba...

SEORANG penguasaha restoran tempatan terkejut besar apabila mendapati satu objek 'misteri' yang bercahaya,...

PAS Kecewa AMANAH Tidak...

KANGAR - PAS kecewa dengan pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dilihat tidak...

RPEL Bantu Lahir Pekerja Mahir Tempatan

KUALA LUMPUR – Skim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPEL) yang memberi peluang kepada kumpulan B40 melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan taraf hidup, mampu membantu mencapai sasaran 35 peratus pekerja mahir tempatan menjelang 2020.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata menerusi program itu, para peserta yang dianugerahkan diploma selepas tamat pengajian berpeluang mendapat pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik berbanding pekerjaan terdahulu.

“Walaupun program ini baru dilancarkan tahun lepas, ia telah melatih 7,328 pelatih di seluruh negara. Inilah yang dilakukan kerajaan untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi khususnya untuk yang pernah bekerja meningkatkan pendidikan dan kemahiran mereka,” katanya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen RPEL di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 graduan menerima diploma masing masing menerusi RPEL, program kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bersama Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Program ini mengiktiraf proses pembelajaran dan pengalaman pekerjaan terdahulu dengan memberikan mereka peluang melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma.

Sementara itu, graduan bidang Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat (Avionik), Siti Jamilah Abdul Kahar, 47, berkata beliau menyertai RPEL di bawah Perhebat untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kemahiran selepas bersara sebagai Pegawai Waran Udara II (W) pada 2015.

Beliau yang kini bertugas sebagai tenaga pengajar di Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) di Kolej Tentera Udara Alor Setar berkata, tugas memperbaiki pesawat adalah mencabar dan memerlukan kemahiran lanjutan.


“RPEL amat baik untuk pesara seperti kami kerana kemahiran kami sebenarnya masih boleh digunakan untuk bersaing dengan generasi muda untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang ini,” katanya yang mengikuti kursus selama lima bulan.

Mohamad Rafiq Rosdi, 25, seorang mekanik pula berhasrat untuk membuka bengkel kenderaan sendiri selepas mengikuti kursus dalam bidang automotif – eksekutif khidmat selepas jualan.

Beliau yang menerima skrol di atas kerusi roda akibat kemalangan sebulan yang lepas, berkata warga Malaysia yang mempunyai pengalaman kerja perlu menggunakan peluang keemasan melanjutkan pelajaran secara percuma di bawah RPEL untuk masa depan yang lebih baik. – BERNAMA

Kategori