Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Murid Tahun Enam Di...

MARANG - Seorang murid tahun enam ditemui lemas di Sungai Buaya belakang Sekolah...

Tukang Urut Rakyat Thailand...

ALOR SETAR - Seorang tukang urut wanita warganegara Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai...

Murid Pra Sekolah Cedera...

SEREMBAN - Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak...

IG Gimnas Negara Farah...

KASIHAN atlet gimrama negara iaitu Farah Ann Abdul Hadi kerana akaun Instagramnya telah...

“Rumah Saya Pun Tiada Air” – Menteri Kesal Janji PH

KESAL… Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mendakwa beliau pun merupakan salah seorang yang menjadi jutaan ‘mangsa’ pembohongan janji-janji manis kosong Pakatan Harapan.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian apabila mengakui bahawa kediaman keluarganya sendiri di Taman TAR dekat Ampang Jaya, Selangor turut mengalami gangguan bekalan air yang paling teruk pada tahun ini.

“Saya hendak mengingatkan kepada mereka (Pakatan Harapan), kalau dulu janji konon (semasa pilihan raya umum) mahu bekal air percuma kepada penduduk di seluruh Selangor, tetapi sekarang ini tidak ditunaikan.

“Malah, rumah saya sendiri sebagai menteri pun tidak ada air di Taman TAR. Jadi saya sebagai satu mangsa janji-janji kosong pihak berkenaan (Pakatan Harapan)….,” kata Hishammuddin pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Sembrong itu turut mengakui rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan janji palsu Pakatan Harapan yang konon akan memberikan air percuma di negeri itu jika berjaya menjadi kerajaan negeri.

“Saya rasa orang Johor pun tidak akan terpengaruh. Kelebihan tetap ada pada kita (Barisan Nasional) sekarang,” jelas Hishammuddin merujuk kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Johor baru-baru ini.


Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa konon rakyat negeri itu bakal mengundi Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Menteri Besar Johor suatu ketika dahulu.

“Apa jua manifesto mereka dahulu, kalau tidak dapat ditunaikan, macam mana kita hendak percaya apa yang mahu dibentangkan sekarang,” tegas Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori