Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azwan Ali Komen Adegan...

NAMPAKNYA adegan pelakon dan juara Fear Factor Hairul Azreen melamar kekasihnya, Hanis Zalikha di...

Malaysia Terbuka Kongsi Maklumat...

BANGI - Malaysia tidak akan berkongsi maklumat siasatan kematian warga Korea Utara Kim...

Peniaga Katering Derma Petrol...

SUNGAI PETANI - Lebih 1,500 penunggang motosikal sanggup berbaris panjang di sebuah stesen...

Malaysia Sasar Pengecualian Visa...

KUALA LUMPUR - Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara ASEAN ketiga diterima dalam Program...

Rumah Tangga Masih Bahagia, Nabila Isteri Terbaik

USIA perkahwinan mencapai setahun, ditambah pula dengan cahaya mata yang bakal lahir tidak lama lagi sekali gus menolak dakwaan konon rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor sedang bergolak!

Sebelum ini, ada beberapa netizen membuat andaian kononnya rumah tangga kakak kepada usahawan muda, Noor Neelofa itu sedang dalam fasa bergolak hanya kerana Sharnaaz memuat naik beberapa status di media sosialnya sehingga menimbulkan tanda tanya pada mereka.

Malah, lebih-lebih lagi apabila Sharnaaz tidak menemani Nabila ketika majlis sambutan hari lahir Neelofa serta pelancaran koleksi baharu hijab syarikat mereka dekat sebuah pusat hiburan terkemuka tanah air bulan lalu.

Adat perkahwinan, ada masa akan naik dan ada masa akan turun. Begitu juga bagi Sharnaaz selepas dia memuat naik satu status di media sosial Instagram miliknya malam tadi.

Bagaimanapun, baginya dia sangat berbangga kerana Nabila tetap bersamanya ketika dia berada dalam susah mahupun senang.


Bertambah manis lagi status itu apabila Sharnaaz memuatnaik video ketika majlis resepsi perkahwinan mereka.

“Hadiah paling istimewa untuk ulang tahun pertama perkahwinan kita adalah zuriat. Terima kasih kerana menjadi isteri dan sabar dengan perangai saya.

“Mungkin saya bukan suami yang terbaik, tetapi yang pasti kamu adalah isteri terbaik di dunia,” tulisnya.

Dengan adanya status seperti itu, terbukti bahawa rumah tangga mereka masih lagi bahagia.

Bukan itu sahaja, rumah tangga mereka juga bertambah bahagia dengan kehadiran bayi didalam kandungan Nabila yang dikhabarkan bakal lahir pada September ini. -MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori