Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

5 Hari Ditayangkan, ALF2...

BAHARU sahaja ditayangkan sejak lima hari lalu, nampaknya filem Abang Long Fadil 2 (ALF2)...

Israel Punca Pengganas Wujud...

ISTANBUL – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu (gambar) berkata, Israel bertanggungjawab di atas...

UMNO Tak Main Politik...

PARIT – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan parti itu tidak...

Video: Manusia Kalau Hati...

KELANTAN - Misteri bunga yang ditanam sering rosak sejak lima tahun lalu akhirnya...

Rusia Pilih Robot Menemu Duga Calon Pekerja

CALON pekerja di sebuah bandar di Rusia yang ingin mendapatkan pekerjaan di beberapa firma antarabangsa terkemuka perlu menjalani sesi temuduga terlebih dahulu dengan robot syarikat.

Syarikat Strafory berpangkalan di St Petersburg yang kini memiliki lebih 300 pelanggan termasuk Pepsi, Ikea dan L’Oreal telah membangunkan robot bernama Vera yang berpotensi untuk merekrut pekerja kolar biru.

Ini termasuk jawatan seperti kerani, pelayan dan buruh binaan oleh robot seakan-akan manusia.

Menurut akhbar tempatan, teknologi kecerdasan buatan (AI) telah digunakan ke atas Vera yang boleh menyenarai pendek calon yang berpotensi berdasarkan keperluan pekerjaan syarikat terbabit.

Ciptaan itu bukan sahaja mampu memilih resume yang sesuai dari lima portal jawatan kosong malah boleh terus menghubungi calon tentang pekerjaan yang dipohon melalui telefon atau perbualan video dan proses temu duga.

Tambahan pula, Vera mampu mewawancara beratus-ratus pemohon pada masa yang sama setelah menyenarai pendek sehingga 10 peratus calon yang layak untuk wawancara tersebut.


Menurut Pengasas bersama Strafory, Alexander Uraksin, penggunaan Vera mampu mengurangkan kos pengambilan pekerja yang mungkin terdedah kepada risiko pilih kasih atau tersilap pilih calon sepatutnya.

“Banyak syarikat sering membazirkan masa memanggil calon yang tidak lagi berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan atau sudah tidak dapat dihubungi.

“Oleh itu kami berjaya membangunkan robot ini untuk membantu syarikat terbabit dalam menjalankan tugas itu secara automatik,” katanya.

Ia menggunakan 13 bilion contoh bahasa dan ucapan daripada televisyen, Wikipedia dan penyenaraian kerja hasil kombinasi teknologi pengecaman pertuturan dari Google, Amazon, Microsoft dan Yandex. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori