Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aishah: ‘Saya Tak Sabar...

KOTA BAHRU - "Saya teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu," kata...

HPPC Bantu Atasi Masalah...

BESUT - Penubuhan Hab Pemprosesan dan Pengembangan Cendawan (HPPC) di Balai Informasi Pertanian...

Lin Dan Tempah Tiket...

KUCHING - Bekas juara dunia lima kali, Lin Dan hanya selangkah lagi untuk...

Hadkan Waktu Operasi Johor...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor kini mengambil langkah menghadkan waktu operasi Johor...

RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018 Dibentang

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 bagi memohon perbelanjaan tambahan perkhidmatan bagi tahun 2017 negara sebanyak RM7.123 bilion (RM7,122,833,728) dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk kegunaan Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM2.71 bilion, selain Parlimen RM10 juta dan 14 kementerian dan agensi kerajaan.

Kementerian dan agensi itu termasuk Kementerian Pendidikan sebanyak RM891.1 juta; Kementerian Dalam Negeri (RM804.27 juta); Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM685.49 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM479.07 juta).

Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebanyak RM24.3 juta, Suruhanjaya Pilihan Raya (RM82.07 juta) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (RM35 juta).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua RUU akan dibentang pada persidangan kali ini. – BERNAMA

Kategori