Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Almarhum Pemimpin Hebat Tawan...

KUALA LUMPUR - Kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah meninggalkan kenangan...

Malaysia Benam India Mara...

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik...

Kenyataan Muhyiddin Ini Merujuk...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan Tun Dr Mahathir...

Lima Motosikal Disita Dalam...

Ampang Jaya : Polis menyita lima motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng...

Sah Berita Palsu, Tiada RM1 Bilion Dalam Equanimity

JAKARTA – Setelah malu kantoi dakwaan kapal layar mewah Equanimity milik jutawan Malaysia terbukti palsu, kali ini cerita bohong pembangkang konon ada ditemui RM1 bilion terbukti fitnah!

Malahan polis Indonesia mengesahkan bahawa berita penemuan sejumlah wang tunai bernilai RM1 bilion dalam Equanimity yang dirampas di Bali baru-baru ini sebenarnya adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Khas, Pesuruhjaya Tinggi Polis Indonesia, Daniel Silitingo berkata, tiada sebarang pun wang tunai yang dijumpai sepanjang proses pencarian bukti di dalam kapal mewah tersebut.

“Proses pencarian turut disertai oleh pihak ketiga. Jika terdapat wang sebanyak itu ditemui, pasti mereka turut tahu. Apa dijumpai hanyalah senarai anak kapal dan penumpang,” katanya menerusi laporan portal JawaPos.com.

Berita penemuan wang tunai tersebut tular menerusi media sosial selepas pihak berkuasa Indonesia menyita kapal tersebut minggu lalu dan isu itu sengaja dipolitikkan oleh parti pembangkang di Malaysia yang ketandusan isu.

Mereka cuba mengaitkannya dengan dana yang diseleweng konon daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walhal syarikat pelaburan strategik kerajaan itu bertegas menafikan ada pembelian aset sedemikian selama ini.


Sebelum itu, netizen Pakatan Harapan mendakwa konon Equanimity milik jutawan Jho Low yang curi dana 1MDB padahal rekod menunjukkan kapal tersebut adalah di bawah nama taikun terkenal Korea Selatan, Do Won Chang.

Tindakan terdesak pembangkang cuba sensasi isu kapal itu juga gagal apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiada permohonan diterima dari pihak berkuasa Amerika Syarikat mengenai kes tersebut.

Bahkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) langsung tidak pernah memohon bantuan pihak polis Malaysia untuk mengesan dan menyita Equanimity yang konon ada kaitan dengan kes Jho Low. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori