FENOMENA pelik di mana ribut salji berwarna oren telah dilaporkan berlaku di empat negara Eropah iaitu Rusia, Bulgaria, Ukraine dan Romania.
Ia menyebabkan keadaan itu menjadi tular dengan cepat hinggakan ada netizen yang menyamakan ia dengan permukaan Marikh.
Salji oren itu dilaporkan di enam buah resort pelancongan malah ada di beberapa kawasan, salji dilaporkan berwarna coklat.
Disebabkan keadaan pelik itu, sepasukan saintis dari Hydrometeorology and Monitoring of the Black and Azov Seas tiba di resort pelancongan di Sochi untuk mengkaji fenomena luar biasa tersebut
Seorang jurucakapnya memberitahu, kemungkinan ia akibat angin yang meniup pasir dari padang pasir Sahara yang kemudiannya gugur sebagai hujan.
Mereka meramalkan salji akan kembali normal dalam masa beberapa hari lagi. Gambar-gambar salji oren itu kini memenuhi media sosial di Bulgaria, Ukraine dan Romania.
Namun ia bukan kali pertama fenomena itu berlaku malah pada 2007, salji berwarna oren turun dilaporkan Siberia dan ia dikatakan ada kaitan dengan rebut pasir di kawasan berhampiran. – MYNEWSHUB.CC