Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semua Darjah Kebesaran Negeri...

KUALA LUMPUR - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah...

Sukan SEA: Skuad Bola...

KUALA LUMPUR - Di atas kertas, kelebihan nyata berpihak kepada Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar untuk memburu kilauan pingat dalam...

Volkswagen Umum Harga Baharu...

KUALA LUMPUR - Volkswagen Passenger Cars Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu semua...

Najib Abdul Razak Terselamat...

Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Wangsa Maju, terselamat daripada cedera apabila disamun...

Sambung Ke Al-Azhar, Peluang Baik Lepasan SPM

SELEPAS mendapat keputusan, pasti adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan merancang untuk menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang dan bakal memulakan fasa baru.

Peluang terbaik bagi lepasan itu untuk menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir apabila pihak institusi tersebut melalui Kementerian Pendidikan Tinggi menawarkan jurusan Ulum Islamiah dengan hanya menggunakan SPM.

Apa yang agak menariknya ialah jurusan yang ditawarkan dalam peringkat ijazah bagi mereka yang layak dengan tempoh lima tahun pengajian.

Antara syarat kelayakan bagi jurusan Ulum Islamiah adalah mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran Sunnah.

Selain Ulum Islamiah, terdapat jurusan sains kesihatan yang juga ditawarkan kepada para pelajar lepasan SPM berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.

Manakala bagi jurusan Qiraat memerlukan diploma yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar dengan tidak melebihi tempoh tiga tahun semasa membuat permohonan.


Bagi pelajar yang berminat, boleh memohon melalui  dan tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Mac ini.

Maklumat lanjut boleh diakses melalui Facebook Kembara Mesir atau terus berhubung di talian +60104540133.

Pemohon akan dinilai dan bakal menghadapi ujian kelayakan bagi mengetahui tahap penguasaan Bahasa Arab. Jadi, adik-adik yang mahu masuk ke universiti tersebut dengan jurusan yang ditawarkan, bolehlah cuba memohon.

Ini kerana bukan sahaja berpeluang belajar di sana tetapi mudah untuk melawati ke tempat-tempat sejarah para nabi dan syuhada. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori