Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Janda 41 Tahun Rompak...

SEORANG wanita berusia 41 tahun telah berjaya merompak dua buah bank dengan hanya...

Lelaki Maut Lori Dipandu...

KULAIJAYA - Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas sebuah lori yang dipandunya...

Tutup Mata Pun Boleh...

HEBAT. Walaupun ditutup mata namun seorang lelaki dapat mengenalpasti isterinya hanya dengan memegang...

Nazim Enggan Sentuh Wanita...

SELEPAS Izzue Islam, pelakon kacak Nazim Othman pula mengumumkan enggan lagi berlakon babak...

Sasaran 85% Keluar Mengundi Pada PRU14

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 85 peratus daripada pengundi berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata usaha itu hanya akan tercapai dengan sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pihak media.

“Tambahan pula situasi politik yang berkecamuk dan adanya usaha pihak-pihak tertentu untuk memprotes dengan tidak keluar mengundi dan merosakkan undi akan menjejaskan peratusan keluar mengundi pada PRU14 nanti, “” kata beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kempen ‘Jom Semak Dan Jom Kita Mengundi’ di SPR di sini hari ini.

Mohd Hashim berkata SPR mengadakan mesyuarat itu untuk menggerakkan kempen bagi menggalakkan pengundi berdaftar membuat semakan berkaitan maklumat pengundian mereka.

“Di samping itu, ia juga untuk menggalakkan mereka supaya keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari pengundian nanti semasa PRU14.

“ PRU bakal berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jadi adalah penting pengundi menyemak status pengundian masing-masing sebelum pilihan raya supaya mereka tahu maklumat tepat pengundian mereka agar (proses) pengundian berjalan lancar,” kata beliau.

Katanya sehingga Suku Tahun Keenpat 2017 terdapat hampir 15 juta pemilih yang layak mengundi.

Jumlah sebenar pemilih berdaftar ialah 14,968,304.


Mohd Hashim berkata Kempen Jom Semak dan Jom Kita Mengundi itu turut bertujuan meningkatkan tahap kesedaran pemilih terhadap kepentingan mengundi bagi mencapai sasaran 85 peratus pemilih keluar mengundi itu.

Beliau berkata SPR telah mendapatkan kerjasama daripada beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta pihak media, selain meminta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakan kempen itu

Katanya SPR akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh pemilih berdaftar boleh membuat semakan maklumat pengundian mereka.

SPR telah merangka pelan komunikasi kempen yang komprehensif bagi memastikan penyampaian maklumat menerusi kerjasama strategik ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, katanya.

Antara yang terlibat ialah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta media kerajaan dan swasta seperti RTM, Bernama, Media Prima, Astro, TV Al-Hijrah dan Kumpulan Karangkraf. – BERNAMA

Kategori